RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 28 Januari 2017

TRW pamerkan prestasi baik walaupun baru sebulan diwujudkan - Zahasmi

Gambar Oleh : TRWFC

SHAH ALAM: Ketua jurulatih PKNS FC, E Elavarasan mengakui kelemahan barisan tengah pasukannya jadi punca kekalahan 1-3 kepada Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam di sini, hari ini. 

Beliau berkata skuad Semut Merah itu menampilkan prestasi yang cukup baik pada 10 minit pertama permainan, namun menjadi kelam-kabut selepas itu sehingga mudah dibolosi lawan.

"Persembahan keseluruhan pemain kurang baik. Jentera tengah tak cukup baik kali ini, kena perbaiki. Mereka kurang mengumpan bola kepada penyerang," kata jurulatih berusia 52 tahun itu kepada pemberita selepas perlawanan. 

Ia adalah kekalahan kedua skuad itu selepas tewas tipis 0-1 kepada naib juara liga musim lalu, FELDA United FC pada aksi pertama di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka minggu lalu. 

Terdahulu, penyerang import Kelantan dari Lubnan, Mohammed Mahmoud Ghaddar muncul wira skuad The Red Warriors apabila menjaringkan gol pada minit ke-19 sebelum menyempurnakan penalti, tiga minit selepas itu. 

Pengadil, Khirulazuan Kidam memberikan penalti kepada pasukan pelawat apabila pemain pertahanan PKNS FC, Mohamad Azmi Muslim mengasari penyerang import dari Brazil, Alessandro Celin. 

Tuan rumah kemudian membalas jaringan menerusi kapten pasukan, Gonzalo Manuel Soto pada saat-saat akhir babak pertama tetapi jaringan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-48 mengesahkan tiga mata untuk Kelantan. 

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, berkata beliau berpuas hati dengan kemampuan pasukannya mengutip tiga mata dalam perlawanan sulung mereka, selepas aksi menentang Melaka United, Sabtu lalu ditunda berikutan hujan lebat. 

Katanya, perlawanan kali ini juga menjadi motivasi bagi pihaknya untuk bertemu juara Liga Super sebanyak tiga kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 4 Februari depan. 

"Pasukan kami mempamerkan prestasi baik biarpun baru sebulan diwujudkan. Apa yang perlu diperbaiki ialah keserasian di antara pemain," katanya. - BERNAMA

SUMBER : BERITA HARIAN