RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 26 Januari 2017

"Saya akui masih sayangkan Kelantan" - TAJ

Gambar : facebook PKNS FC

Pemain pertahanan PKNS FC, Amiridzwan Taj Tajuddin, bertekad merebut tempat dalam kesebelasan utama untuk berdepan bekas pasukan yang juga negeri kelahirannya, Kelantan, dalam aksi Liga Super esok.

Amiridzwan tidak diturunkan dalam aksi Liga Super minggu lalu yang menyaksikan PKNS FC tumpas 1-0 kepada Felda United.

Pengendali PKNS, E. Elavarasan, dijangka melakukan rombakan di benteng pertahanan pasukannya dan Amiridzwan mungkin diturunkan berdepan Kelantan.

Bagi bekas pertahanan kebangsaan itu, dia akan bersikap profesional berdepan Kelantan dan komitmennya kini adalah buat skuad Semut Merah.

"Saya tidak mempunyai perasaan sentimental untuk pertemuan dengan Kelantan walaupun ia negeri kelahiran saya dan saya pernah menyarung jersi mereka. 

"Saya akui saya memang sayangkan pasukan Kelantan. Walau bagaimanapun, saya perlu menghormati majikan saya, PKNS. 

"Untuk itu, saya akan memberikan aksi terbaik bersama PKNS," katanya ketika ditemui dalam sesi latihan di Kelana Jaya, semalam. 

Meskipun Kelantan dihimpit pelbagai masalah dalaman sebelum saingan musim ini bermula, Amiridzwan tetap tidak memandang rendah keupayaan lawan.

"Ia menjadi kekurangan kepada kami kerana kami tidak tahu lagi corak permainan Kelantan (perlawanan menentang Melaka United ditunda akibat faktor cuaca). 

"Sekurang-kurangnya, kalau kami pernah menyaksikan permainan mereka, kami dapat menganalisisnya."


SUMBER : STADIUM ASTRO