RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 26 Januari 2017

JPJ ambil tindakan pemandu rekod video kesalahan pemandu lain


ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu, termasuk bagi tujuan merakam video kesalahan pengguna lain. 

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Sharif, berkata ini kerana tindakan tetap dianggap salah dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 17A Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. 

Katanya hanya penumpang kenderaan dibenarkan merakam video bagi membuktikan kesalahan dilakukan pemandu kenderaan lain khususnya yang bertindak menyalahguna laluan kecemasan. 

"Apabila memandu sambil menggunakan telefon bimbit ia menjadi kesalahan walaupun untuk merakam video sebagai bukti menunjukkan ada pemandu lain menggunakan laluan kecemasan... tetapi kita tiada masalah dalam soal ini jika ia dilakukan oleh penumpang. 

"Kita boleh kesan dari segi sudut video yang dirakam itu sama ada diambil oleh penumpang atau pemandu, namun jika menggunakan kamera berteknologi yang memang sedia dipasang di kenderaan itu kita boleh terima, " katanya pada sidang media ketika mengadakan Ops Tahun Baharu Cina (TBC) di Jalan Kuala Kedah, dekat sini malam tadi. 

Mengulas ops berkenaan, katanya, 560 kenderaan diperiksa dengan 75 saman dikeluarkan dengan majoriti membabitkan kesalahan tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM). 

Sementara itu, katanya, keseluruhan 686 notis dikeluarkan JPJ Kedah melalui Ops TBC dalam tempoh tiga hari sejak ia dilancarkan Sabtu lalu dengan majoriti membabitkan kesalahan tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL). 

Katanya, melalui operasi itu yang bakal berterusan sehingga 5 Februari depan, sebarang notis yang dikeluarkan membabitkan semua kesalahan akan dibawa ke mahkamah bagi tindakan susulan.

Sumber : Berita Harian