RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 6 Januari 2017

Kelantan diperkuatkan 3 pemain import berkualiti menghadapi Melaka United



Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar  Musa, muncul dengan pelan penyelamat hasil perbincangan terperinci dengan Exco KAFA malam tadi, sekaligus membolehkan The Red Warriors (TRW) kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini. 

“Cukuplah segala polemik berkaitan dengan penyertaan Kelantan dalam Liga Super musim ini. Siapa yang hendak berlakon? Siapa yang hendak bersandiwara? Berjanji dan bermulut manis untuk membantu kewangan KAFA? Sekarang kita perlu berada dalam realiti sebenar. 

“Hari ini, saya mohon KAFA menghantar 23 nama pemain (termasuk pemain import, Margoro Gomis) kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang tarikh akhir pendaftaran minimum 20 pemain. 

"Paling penting, Kelantan akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini,” katanya dalam sidang media di Kota Bharu, pagi tadi.

Annuar, yang dianggap sebagai Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan, menjelaskan perancangan terperincinya untuk menyelamatkan maruah TRW apabila mengesahkan dua anak syarikatnya, Al-Hamra dan redONE, sebagai penaja utama musim ini.

“Syarikat saya (Al-Hamra) telah pun menyediakan bon jaminan bernilai RM3 juta sebagaimana yang dikehendaki oleh FAM  bagi pendaftaran pasukan untuk beraksi dalam Liga M 2017 pada  30 November lepas. 

"Dan sekarang, Al-Hamra dan redONE bertindak sebagai penaja utama dan menawarkan permulaan RM3 juta bagi membolehkan TRW beraksi dalam saingan Liga M.

“Saya juga memohon masa (seminggu atau dua minggu) atau selewat-lewatnya 14 Januari depan bagi membolehkan kami (penaja utama) mencari beberapa syarikat utama (tujuh atau lapan syarikat) untuk  membentuk konsortium utama bagi mencari dana sekurang-kurangnya RM10 juta."

Annuar juga membawa berita gembira kepada penyokong setia TRW apabila mengumumkan Kelantan bakal diperkuatkan dengan tiga lagi pemain import yang berkualiti bagi menghadapi perlawanan pembukaan Liga Super menentang Melaka United, 21 Januari depan.

“Bukan sifat saya jika TRW sekadar menyertai Liga Super untuk menjadi pasukan belasahan. Kita mempunyai sejarah yang hebat dalam Liga Malaysia. Kita perlukan pemain import yang berkualiti bagi memberi cabaran sengit kepada pasukan lain.

“Setakat ini ada 10 pemain import dalam radar permerhatian dan kami akan mengumumkan secara rasmi tiga pemain terbaik yang akan menyarung jersi TRW,” katanya lagi.