RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 20 Februari 2017

Melaka United berang Spaso dan Amri tidak sebulu


MELAKA: Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Idris Haron menegur dua tonggak utama pasukan itu, Ilija Spasojevic dan Amri Yahyah yang dilihat tidak sebulu ketika beraksi di padang. 

Idris yang juga Ketua Menteri Melaka turut meminta kedua-dua bintang bola sepak berkenaan supaya segera menyelesaikan sebarang isu berbangkit yang boleh menyekat kemaraan pasukan untuk pergi lebih jauh. 

Justeru, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pengendali pasukan, Eric Williams untuk memastikan hubungan kedua pemain utama MU itu kembali pulih. 

"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pemain sepasukan. Amri dan Spaso mesti mencari persamaan iaitu membolosi gawang lawan. 

Jadi, kalau ada sedikit sebanyak perbalahan, saya yakin ia boleh lagi diperbetulkan. 

"Williams pula selaku ketua jurulatih perlu ambil peranan untuk pecahkan kebuntuan ini dan kalau tak boleh juga, saya minta Pengurus MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi untuk menyelesaikannya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 

Sikap 'tidak bertegur sapa' antara kedua pemain itu jelas menimbulkan kepincangan pada setiap perlawanan yang mungkin menjadi penyebab kepada kegagalan MU memperoleh sebarang mata pada beberapa perlawanan sebelum ini. 

Malah, Spasojevic atau dikenali sebagai Spaso selaku ketua pasukan yang pernah menggondol gelaran penjaring terbanyak pada Liga Perdana tahun lalu, kini masih tercari-cari gol sulung dalam perlawanan kompetitif musim ini, manakala Amri pula hanya mampu meledak satu gol sejak menyertai MU awal tahun ini. 

Dalam sebuah laman blog bola sepak tempatan melaporkan, ketika aksi MU menentang Sarawak kelmarin, Spaso digandingkan bersama Amri dan R Surendran di barisan hadapan bagi merobek gawang tuan rumah. 

Namun, riak wajah Spaso jelas mempamerkan kekecewaannya terhadap sokongan yang diberikan rakan sepasukan terutama Amri dalam perlawanan berkenaan. 

SUMBER : BERITA HARIAN