RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 28 Januari 2017

Trump menafikan ia adalah sekatan terhadap masyarakat Islam.

FOTO AFP

Washington: Presiden Donald Trump menegaskan rancangan untuk menghadkan kemasukan pendatang dari negara Islam tertentu perlu bagi mengelak ‘kerosakan’ terhadap Amerika Syarikat.
Dalam temuramah dengan ABC News, Trump menafikan ia adalah sekatan terhadap masyarakat Islam.
“Tidak, ia bukan larangan terhadap orang Islam, tetapi negara yang mempunyai keganasan teruk.
“Dan mereka yang datang dari negara itu akan menyebabkan masalah dan kerosakan teruk,” katanya.
Menurutnya, Amerika sudah mempunyai banyak masalah dan mereka yang dilarang masuk itu mahu melakukan kerosakan besar.
Trump yang enggan menyatakan negara dimaksudkannya itu berkata, Eropah membuat kesilapan besar membenarkan jutaan pelarian masuk ke Jerman dan negara lain.
“Apa yang perlu kita lakukan ialah melihat, apa yang berlaku di sana adalah bencana.” katanya.
Berdasarkan draf perintah eksekutif yang disiarkan media Amerika, kemasukan pelarian dari Syria diharamkan sama sekali manakala permohonan visa pelarian dari Iraq, Syria, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan Yaman dihentikan selama 30 hari.
Ditanya adakah beliau memikirkan mengenai kemarahan orang Islam di seluruh dunia, Trump berkata: “Marah? Sudah terlalu banyak kemarahan sekarang. Bolehkah marah lagi?”
“Dunia ini kelam-kabut. Apa, anda rasa ini akan menyebabkan sedikit lagi kemarahan sedangkan dunia penuh dengan kemarahan.
“Semua ini sudah berlaku. Kita pergi ke Iraq. Kita tidak sepatutnya pergi ke Iraq. Kita tidak sepatutnya keluar dari Iraq dengan cara kita keluar.

SUMBER : METRO