RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 28 Januari 2017

Penampilan Ibu dan anak mengegar Liga Bola Wanita


SABARINA Setapha (kiri) dan anak gadisnya, Shahiera Balqish Hamidi (kanan) bakal menjadi 'penyeri' apabila menyarung jersi kelab bola sepak wanita pertama Kelantan. - Foto Azlan Hafeedz 


KOTA BHARU: Penampilan dua beranak ini bakal menjadi 'penyeri' apabila menyarung jersi kelab bola sepak wanita pertama Kelantan. 

Sabarina Setapha, 40 dan anak gadisnya, Shahiera Balqish Hamidi, 18, dari Kedai Mulong, dekat sini, berjaya memikat hati ketua jurulatih kelab itu, Zailani Ishak, menerusi beberapa ujian pemilihan dilakukan sebelum ini. 

Sabarina bermain posisi pertahanan tengah, manakala Shahiera Balqish pula sebagai pemain sayap bagi memperkuatkan jentera skuad SS Glow Glowing FC. 

SS Glow Glowing FC diletakkan dalam kumpulan Zon Tengah bersama Jeonsa dari Kuala Lumpur dan Tanjung Malim (Perak) akan bertarung pada saingan peringkat awal Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW), bermula 3 hingga 5 Februari depan di Kuala Lumpur. 

Shahiera Balqish, yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata, peluang keemasan yang diberikan kelab itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membawa SS Glow Glowing FC ke peringkat tertinggi. 

"Kami tidak kekok untuk bermain sekali pun memakai pakaian patuh syariah kerana cara pemakaian itu lebih meyakinkan penampilan kami. 

"Kami akan berusaha menjadikan bola sepak sebagai sukan pilihan utama wanita di negeri ini kerana ia satu aktiviti sukan yang menyihatkan," katanya.

SUMBER : BERITA HARIAN