KUALA LUMPUR 11 Feb. - Seminggu selepas mengejutkan Selangor 5-3, PKNS FC terus bertindak garang apabila membenam Perak 3-0 dalam perlawanan keempat Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Dua jaringan pantas penyerang import dari Argentina, Lucas Espindola pada minit ke-45 dan 47 membolehkan skuad Red Ants selesa mendahului 2-0, sebelum penyerang kebangsaan, Safee Sali melengkapkan kemenangan bergaya mereka, lima minit sebelum tamat permainan.
Ini adalah kekalahan pertama buat Perak musim ini selepas memulakan kempen dengan cemerlang termasuk mencatat dua kemenangan dan satu seri. - UTUSAN ONLINE
KEPUTUSAN
PKNS FC 3 - 0 PERAK
-Safee Sali (minit ke-85)
-Lucas Espindola (minit ke-45, 47)