Kredit Gambar :
Didedahkan Senarai Gaji Pemain Import Semua Pasukan Sekitar
Liga Semi-Pro Malaysia 1989, Pemain Singapura Paling Tertinggi
Didedahkan Senarai Gaji Pemain Import Semua Pasukan Sekitar
Liga Semi-Pro Malaysia 1989, Pemain Singapura Paling Tertinggi
Tersebar gambar Senarai gaji pemain import semua pasukan yang bertanding Liga Semi-Pro Malaysia pada tahun 1989, Gambar tersebut pemilik Bolasepak Dulu Dulu
Gambar : BOLASEPAK DULU-DULU m/s 9 (RithSidek2017)
Gambar : BOLASEPAK DULU-DULU m/s 9 (RithSidek2017)
Berdasarkan pemerhatian kami, Pemain import yang menerima gaji di Liga Semi-Pro Malaysia pada tahun 1989 boleh dikatakan agak lumayan kerana gaji pemain import terima rata-rata 1000-4000 USD.
Namun, hanya seorang pemain import sahaja menerima gaji bawah 1000 iaitu pemain import Negeri Sembilan, Chatchaval Kenjanahoot menerima gaji 800 usd merupakan penerima gaji paling rendah buat kategori pemain import ketika itu.
Manakala, Pemain import menerima gaji paling tertinggi pada 1989 iaitu Pemain import Kuala Lumpur, Fandi Ahmad (pemain kelahiran singapura) menerima gaji sebanyak 6000 usd dan seorang lagi pemain rakan senegaranya, V. Sundramoorthy juga menerima gaji lumayan iaitu 5000 usd (gaji tertinggi no.2) yang bermain untuk Kedah FA ketika itu.
Kesimpulan, dari dulu dan sekarang Pemain Kelahiran Singapura lebih berpeluang menjana pendapatan lebih Lumayan di Liga Malaysia antara faktor utama pemain singapura lebih bergembira bermain di Liga Malaysia berbanding Liga negara Asia tenggara yang lain.