Pengendalinya, Zahasmi Ismail berkata, situasi tersebut membuatkan barisan pemainnya bermain secara tertekan sekaligus memberikan kelebihan buat skuad Lang Merah untuk menguasai perlawanan.

“Saya akui perancangan serba tidak menjadi dan kalah pada lawan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita sejurus tamat perlawanan di sini malak tadi.

Pada perlawanan tersebut, Kedah memperoleh kemenangan menerusi jaringan penalti Badrol Bakthiar pada minit ke-81 sekaligus menghadiahkan tiga mata kepada pasukan berkenaan. - UTUSAN ONLINE

SUMBER : UTUSAN