Sebagai tanda sokongan mereka mengangkat kertas tertulis 'keep strong Sharbinee' semasa perlawanan Liga Perdana menentang Kuantan FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini semalam.
Mohd. Sharbinee Allawee yang merupakan kapten skuad Terengganu kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan susulan masalah kesihatannya itu.
Skuad Penyu
Posisi penjaga gol itu digantikan oleh Amierul Hakimi Awang manakala peranan sebagai kapten pula buat pertama kali diambil-alih pemain tengah, Abdul Latiff Suhaimi.
Dalam aksi semalam, Terengganu mencatat kemenangan ketiga berturut-turut apabila menumpaskan Kuantan FA 2-0 menerusi jaringan Issey Nakajima pada minit ke-47 disusuli minit ke-61 oleh Abdul Latiff.
Sementara itu pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, Mohd. Sharbinee Allawee telah menjalani pemeriksaan kesihatan kedua dan hasil keputusan dijangka diketahui empat hari lagi.
Mengulas mengenai peningkatan prestasi anak buahnya, katanya, kesemua pemain diingatkan agar tidak leka dan mengekalkan mementum tersebut dengan tumpuan terhadap pasukan yang kini menghuni tangga teratas liga, Negeri Sembilan dalam pertembungan pada Jumaat depan.
"Ini merupakan aksi pertama skuad Penyu di gelanggang lawan pada musim ini," katanya.-UTUSAN ONLINE

SUMBER : UTUSAN