RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 18 Jun 2017

"Saya tidak mahu hilang 'bapa' buat kali kedua!" - Datuk Wira

KUALA LUMPUR: "Saya tidak mahu hilang 'bapa' buat kali kedua!"

Itu reaksi Timbalan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi yang bimbang pembaharuan yang ingin dibawa Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekadar bertahan separuh jalan sekiranya pemimpin nombor satu badan induk bola sepak negara itu mengundur diri.

Mohd Yusoff berkata, beliau tidak mahu kekalahan 2-1 Harimau Malaya kepada Lubnan pada aksi pertama Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 menjadi punca dan alasan untuk menghentam badan induk itu.

"Saya khuatir kegagalan ini terus diperbesarkan sehingga menjadikan presiden tidak selesa dan angkat kaki. Daripada pengalaman penggal lalu, ia hanya berlalu separuh jalan, jadi saya tidak mahu ia berulang lagi kali ini.

"Sampai bila perlu jadi macam ini. Saya nak tegaskan FAM masih perlukan TMJ untuk lakukan perubahan drastik dalam bola sepak negara.

"Kalau TMJ mahukan populariti, beliau tidak perlu jadi Presiden FAM. Kita perlukan TMJ lebih daripada TMJ perlukan FAM.

"Sepatutnya kita perlu memberi sokongan tanpa berbelah-bahagi terhadap kesanggupan TMJ untuk membawa perubahan dalam bola sepak negara. Harus diingat, tidak ada seorang pun presiden baharu boleh pastikan kemenangan tanpa memerlukan masa," katanya sebentar tadi.

Kelmarin, Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers berharap TMJ tidak berkhidmat lama sangat sebagai Presiden FAM sekiranya usahanya tidak dihargai.

Kenyataan itu dipercayai kerana kritikan pedas segelintir penyokong negara yang jelas mahukan keputusan positif secara drastik diperoleh Harimau Malaya selepas pengurusan baharu mengambil alih FAM.

Mohd Yusoff berkata kemelut dan kritikan sekarang tidak ubah seperti serangan peribadi terhadap TMJ.

"Tidak ubah seperti serangan peribadi. Itu salah satu yang mengganggu TMJ. Jadi saya tidak mahu perkara seperti ini boleh merosakkan FAM.

"Dari situ ia akan menimbulkan suasana tidak harmoni. Mungkin belum ada 'chemistry'.

"Saya akan bincang dalam FAM apa yang akan dilakukan, tetapi sebenarnya bukan tugas EXCO sahaja (tingkatkan mutu bola sepak negara) sebaliknya semua perlu memberi sokongan," katanya.


Sumber : BERITA HARIAN