RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 3 Januari 2017

Banjir di Kelantan di luar jangkaan


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua dari kanan) menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsan Rahmat hari ini.Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Senator Datuk Abdullah Mat Yassin (dua dari kiri).  - Foto BERNAMA 

RANTAU PANJANG: Banjir yang melanda Kelantan ketika ini dianggap di luar jangkaan apabila membabitkan jumlah besar mangsa pemindahan. 

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata jangkaan awal pada 25 hingga 27 Disember lalu, mendapati banjir yang melanda tidaklah besar. 

"Kita perlu terus berwaspada memandangkan hujan lebat berterusan bukan saja di sini malah di kawasan selatan Thailand. "Paras air Sungai Golok juga tidak dapat dijangka dan masih turun naik pada paras bahaya. Bagaimanapun, kita menjangkakan mangsa banjir boleh kembali pulang ke rumah tidak lama lagi jika keadaan mengizinkan. 

"Saya berpuas hati dengan agensi keselamatan serta pihak yang terbabit dalam pengurusan banjir kali ini termasuk di pusat pemindahan," katanya kepada media ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan ( SK) Sri Kiambang, sebentar tadi. 

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman. 

Mustapa berkata, beliau juga meminta pihak bertanggungjawab memastikan kebersihan dan menyediakan fasiliti terbaik di setiap pusat pemindahan. 

"Selain itu, saya berharap orang ramai memberi kerjasama yang baik dan tidak menghalang laluan pihak keselamatan yang bertugas. 

"Masyarakat kita menjadikan musim banjir ini seperti pesta dan keadaan ini sebenarnya mengganggu pihak terbabit menjalankan tugas," katanya.