RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 3 Januari 2017

Polis sedang mengesan tiga suspek terbabit dalam kes tetak Bekas Bendahari (PAFA)



IPOH: Polis sedang mengesan tiga suspek yang terbabit dalam kes tetak Bekas Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bulan lalu. 

Tiga suspek termasuk seorang daripada mereka adalah ketua kumpulan Bell yang dipercayai turut aktif melakukan kejadian samun bersenjata di sekitar daerah negeri ini dan beberapa negeri lain sejak bulan lalu. Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, dua daripada tiga suspek berkenaan berjaya dikenal pasti berusia 30 dan 31 tahun.

Empat lagi suspek sudah ditahan polis pada jam 10 pagi, 27 Disember lalu selepas kumpulan penjenayah berkenaan menyamun seorang wanita di perkarangan rumah wanita terbabit di Parit Buntar pada hari sama. "Dua suspek yang melarikan diri itu dikenal pasti sebagai Zairy Huzaimy Md Akhir, 30, dan Mohd Fairus Hassan, 31, masing-masing berasal dari Kepong, Kuala Lumpur.  


SUSPEK yang melarikan diri. - Foto PDRM "Empat lelaki yang ditahan pula berusia antara 20 hingga 30 tahun, juga dari Selangor dan Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata, ketujuh-tujuh suspek dipercayai aktif melakukan 26 kes samun di sekitar negeri Perak, Selangor, Melaka, Kedah dan Negeri Sembilan. "Kumpulan penjenayah berkenaan bergerak menaiki motosikal sebelum menyamun mangsa yang baharu keluar rumah. Seorang yang bergelar Datuk adalah antara mangsa kumpulan penjenayah berkenaan," katanya.