RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 27 Januari 2017

TSAM tarik diri jika KJ bertanding, KJ juga mahu tarik diri jika TMJ bertanding

gambar pahang daily

Kuala Lumpur: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sedia menarik diri daripada bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya Khairy Jamaluddin mahu bertanding.
Annuar yakin bahawa Menteri Belia dan Sukan itu sebagai calon yang paling layak untuk menerajui kerusi panas itu, dengan adanya pengalaman mengendalikan pasukan MyTeam dan selain pernah memegang jawatan timbalan presiden FAM sebelum ini.
"Pencalonan diri saya tidak lagi releven bila KJ (Khairy) sudi menerima pencalonan dirinya. Good luck KJ. Saya harap beliau dapat memasukkan aspirasi penyokong dan peminat bola sepak negara yang mahu melihat Malaysia sebagai Top 100 Nation dalam arena bola sepak.
"Untuk itu diharap KJ dapat memperluas Pelan Induk Pembangunan Bolasepak Negara kepada satu blueprint komprehensif 30 tahun yang memungkinkan berubahnya DNA bola sepak Malaysia," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Terdahulu, Khairy berkata beliau belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut dan sedia menarik diri sekiranya seorang lagi calon, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat bertanding.
Selain Khairy, Annuar dan Tunku Ismail, turut dicalonkan ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat, tetapi sehingga kini, kesemua calon masih berteka-teki mengenai keputusan mereka sama ada mahu bertanding atau tidak.
Annuar, yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata usaha menolak peranan dan penglibatan ahli politik dalam bola sepak negara bererti menolak dan menafikan peranan majoriti pimpinan bola sepak negara dan negeri pada masa kini.
Beliau berkata 12 daripada 19 ahli gabungan FAM pernah atau sedang dipimpin oleh ahli politik daripada pelbagai latar belakang seperti UMNO, PKR, PAS dan DAP.
"Presiden FAM yang menolak atau tidak berkerjasama dengan orang politik bakal gagal membangunkan bola sepak negara dengan berkesan kerana pembangunan bola sepak Malaysia memerlukan persefahaman dan kerjasama pelbagai pihak dalam suasana saling menghormati dan penuh muafakat," katanya.
Semua calon itu perlu memberi keputusan sama ada mahu bertanding sebelum tarikh tutup pada 13 Feb kepada sekretariat FAM dan senarai akhir calon akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco FAM manakala pengumuman kepada media akan dibuat pada 20 Feb.

SUMBER : METRO