Beliau walau bagaimanapun masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau tidak pencalonannya bagi merebut jawatan tersebut.

“Masih ada dua minggu untuk saya memutuskan sama ada akan bertanding atau tidak dan selaku ketua saya, sudah tentu saya akan mengambil kira nasihat Ahmad Zahid itu.

“Saya akan membuat perbincangan dengan persatuan-persatuan khususnya yang telah mencalonkan saya sebelum membuat keputusan akhir,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sesi Pelajar Baharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Bersama Menteri Mentor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE