RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 27 Januari 2017

PENAMPILAN BERGAYA GHADDAR DI SHAH ALAM


Foto oleh CreativeImages Spots Network

KELANTAN melakar kemenangan dalam perlawanan Liga Super 2017, menewaskan PKNS dengan jaringan 3-1 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Jelas,persiapan kurang rapi yang dibuat The Red Warriors selain isu penajaan pada awal musim tidak mencacatkan aksi skuad kendalian Zahasmi Ismail.

Mohamad Ghaddar menjadi wira apabila menjaringkan dua gol membantu kemenangan Kelantan.

PKNS dikejutkan pada minit ke-19 melalui jaringannya selepas bola gagal ditangkap kemas penjaga gol PKNS hasil tendangan percuma Indra Putra Mahyuddin.

Tersentak dengan jaringan itu, PKNS terus membuat beberapa asakan.

Namun, pada minit ke-20 Kelantan memperolehi sepakan penalti selepas penyerangnya, Alessandro Padovani Celin dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Mohamad Ghaddar sekali lagi menjadi duri dalam daging PKNS selepas penjaga gol PKNS gagal menangkap kemas bola dan menjadikan kedudukan berubah 0-2.

Masuk minit ke-32, PKNS memperoleh peluang terbaiknya menerusi Mohd Safee Mohd Sali. Namun peluang itu disia-siakan selepas rembatan jarak dekatnya berjaya ditepis penjaga gol lawan, Khairul Fahmi Che Mat.

Kedua-dua pasukan kemudian menyusun strategi dengan hantaran yang lebih kemas.
Hasilnya, PKNS berjaya merapatkan jurang gol melalui tandukan kapten pasukan, Gonzalo Manuel Soto hasil hantaran pemain pertahanan, Mohamad Azmi Muslim pada masa tambahan sebelum penghujung babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, pasukan tuan rumah, PKNS terus membuat asakan dan hampir menjaringkan gol melalui  Patrick Ronaldinho Wleh.

Minit ke-48, kapten Kelantan membuktikan kualitinya melalui jaringan cantik hasil sepakan percumanya yang menewaskan Muhamad Nor Haziq.

PKNS tidak bernasib baik selepas jaringan Mohd Safee Sali pada minit  ke-69 dibatalkan pengadil kerana mengasari penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Tamat 90 minit kedudukan kekal 3-1 walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

SUMBER : SINAR HARIAN