RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 27 Januari 2017

Liga Super: Kelantan bawa pulang mata penuh


FOTO : gawangdotmy

SHAH ALAM: Kelantan membuka tirai saingan Liga Super musim ini dengan langkah kanan selepas membenam PKNS FC 3-1 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. 

Ia adalah perlawanan pertama Kelantan musim ini selepas pertemuan dengan Melaka United di Kota Bharu, Sabtu lalu ditunda akibat padang Stadium Sultan Muhammad IV digenangi hujan. 

Mohamed Ghaddar membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila meledak dua gol dalam tempoh tiga minit buat Kelantan iaitu pada minit ke-19 dan 21. 

Bagaimanapun, PKNS merapatkan jurang menerusi jaringan Gonzalo Soto yang menanduk masuk bola hantaran Azmi Muslim pada masa kecederaan babak pertama. 

Bersambung babak kedua, skuad The Red Warriors (TRW) hanya memerlukan empat minit untuk menjarakkan kedudukan selepas sepakan percuma menarik kaptennya, Mohd Badhri Radzi gagal diselamatkan penjaga gol, Muhamad Nor Haziq. 

Pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin hampir menambah jaringan buat TRW, namun percubaannya pada minit ke-67 sedikit tersasar di penjuru kanan pintu gol PKNS.

SUMBER : BERITA HARIAN