Kekalahan itu menyaksikan The Reds tersingkir daripada dua perebutan piala musim ini, dimana sebelum ini skuad kendalian Jurge Klopp tewas 2-0 kepada Southampton di separuh akhir Piala Liga.

Dalam aksi itu, pertahanan pelawat, Richard Stearman mengejutkan penyokong tuan rumah dengan meletakkan pasukannya mendahului 1-0 seawal minit pertama apabila menanduk masuk sepakan percuma.

Empat minit sebelum berakhir babak pertama perlawanan, Wolves menggandakan jaringan apabila Andreas Weimann mudah menewaskan penjaga gol Liverpool, Loris Karius menerusi serangan balas pantas.

Bersambung babak kedua, usaha Liverpool untuk merapatkan jurang jaringan akhirnya berhasil menerusi jaringan Divock Origi pada minit ke-86.

Selepas memperolehi jaringan itu, The Reds terus mengasak ke kubu pertahanan lawan namun skuad bimbingan Paul Lambert kebal bertahan untuk memastikan mereka melangkah ke peringkat seterusnya. -AFP


SUMBER : UTUSAN