RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 28 Januari 2017

"Kita masih belum bertemu pasukan mantap seperti JDT, Selangor atau Kedah" - Dollah Salleh


KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui masih terlalu awal untuk menilai kemampuan skuad itu walaupun mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas T-Team malam tadi. 

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, perjalanan pasukan itu masih jauh memandangkan skuad Tok Gajah baharu saja mengharungi dua perlawanan. 

Namun, katanya, kemenangan itu sememangnya dinantikan selepas sekadar seri 1-1 dengan Perak pada aksi pertama ketika Pahang bergelut dengan barisan pemain import. 

"Masih terlalu awal untuk nilai prestasi semasa pasukan... kemenangan besar ke atas T-Team ini saya harap tidak melekakan barisan pemain yang kita ada. 

"Lagi pun, kita baru lalui dua perlawanan dan kena ingat kita masih belum bertemu dengan pasukan yang mantap seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor mahu pun Kedah... lepas bertemu pasukan ini, baru kita boleh nilai kemampuan sebenar pasukan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super malam tadi. 

Mengulas kemenangan itu, Dollah memuji komitmen dan persefahaman mantap pemain yang beraksi dengan baik sekali gus mencatat kemenangan pertama buat pasukan. 

Katanya, kemenangan itu membuktikan bahawa keserasian antara pemain import dan tempatan mencapai tahap positif bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini. 

"Selepas menghadapi masalah membabitkan pemain import pada perlawanan pertama hingga memberi kesan terhadap prestasi pasukan, kejayaan menundukkan T-Team dilihat dapat menutup segala masalah itu. 

"Bagi saya, kemenangan ini adalah hasil semangat berpasukan kerana berjaya menyenaraikan empat pemain import berbanding ketika bertemu Perak hanya bergantung kepada dua pemain import saja," katanya. 

Pada perlawanan itu, dua daripada lima gol dijaringkan penyerang dari Brazil, Matheus Leandro manakala masing-masing satu gol menerusi Sumareh Mohamadou, Heo Jae Won dan Chinedu Ezendu.

SUMBER : BERITA HARIAN