RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 30 Januari 2017

Liverpool mahu Mane pulang segera menaiki Jet Peribadi Liverpool



LONDON: Liverpool tidak membuang masa untuk membawa pulang Sadio Mane selepas penyerang itu sudah tersingkir daripada saingan Piala Negara-Negara Afrika. 

Mane gagal menyempurnakan sepakan penalti penting yang menyaksikan Senegal tersingkir di tangan Cameroon pada penentuan penalti pada peringkat suku akhir. 

Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group sudah menguruskan untuk membawa pulang pemain berusia 24 tahun itu secepat mungkin. 

Mane diharap kembali terus ke pangkuan skuad The Reds untuk menghadapi pertembungan penting dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea, Rabu ini. 

Dia menaiki jet peribadi dari Gabon dan diharap sekurang-kurangnya berada dalam senarai pemain simpanan. 

Pada November 2013, Liverpool menyediakan jet buat Luis Suarez kembali daripada pusingan kelayakan Piala Dunia bagi zon Amerika Selatan untuk menghadapi pertemuan tetangga Merseyside di Goodison Park dan dia menjaringkan gol dalam perlawanan itu. 

Penyokong Liverpool pasti teruja dengan prospek kepulangan Mane selepas pasukan mereka hanya menang sekali sejak ketiadaannya. - Agensi

SUMBER : BERITA HARIAN