RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 30 Januari 2017

GHADDAR SEMAKIN MATANG


MOHAMMED Ghaddar membuktikan dirinya masih berbisa apabila menjaringkan dua gol seterusnya membantu kemenangan Kelantan 3-1 ke atas PKNS FC di Stadium Shah Alam, tempoh hari

Ghaddar yang pernah menyarung jersi The Red Warriors pada 2012 dan 2014 itu memastikan kepulangannya ke bumi pantai timur itu berbaloi dengan jaringan pada minit ke-19 dan 21.

Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail turut memuji persembahan dipamerkan penyerang kelahiran Lebanon itu yang disifatkannya masih tajam di hadapan gol.

“Saya lihat Ghaddar semakin matang berbanding pertama kali dia beraksi bersama kami. Jelas, dia beri segalanya untuk pasukan pada hari ini.

“Mungkin juga dia mampu sesuaikan diri kerana sudah biasa dengan suasana liga di Malaysia. Apa-apa pun saya puji ketajamannya dan pemain lain yang beraksi hari ini,” katanya.

Selain dua gol Ghaddar itu, Kapten Marvel, Mohd Badhri Radzi turut mencipta nama melalui sepakan percuma pada minit ke-48.

Jelas, kemenangan ini memberikan kelegaan buat The Red Warriors yang sebelum ini terpalit dengan isu penajaan di awal musim selain persiapan kurang rapi pasukan itu.

“Komitmen tinggi oleh semua pemain wajar dipuji dan hasilnya tiga mata untuk perlawanan pertama.

“Memang masih terlalu awal untuk melihat sebarang kemungkinan, tetapi kemenangan ini bakal menjadi semangat dan tonik berguna buat kami,” katanya.



SUMBER : SINAR HARIAN