RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 30 Januari 2017

KAFA tak akan lepaskan Gomis


Gambar : Kelantan Football Team

KOTA BHARU - Persatuan Bola sepak KELANTAN (KAFA) menafikan khabar angin kontrak pemain import Margaro Gomis dikatakan tamat April depan.

Setiausaha Agung KAFA,Datuk Ismail Md Noor berkata,Kontrak pemain dari Senegal itu masih berbaki semusim lagi. Gomis masih lagi bersama Kelantan dan kami tidak akan mudah melepaskannya begitu saja kepada pasukan lain.

Setakat ini,KAFA agak berpuas hati dengan prestasi semua pemain terutama empat pemain import dan berharap mereka terus kekalkan momentum,"katanya kepada Arena Metro di sini Semalam. 

Terdahulu,tercetus viral di laman sosial Facebook semalam,yang heboh memperkatakan kontrak Gomis, 31,bakal berakhir April ini menyebabkan ramai penyokong gusar dengan kenyataan itu. 

Gomis yang juga bekas pemain Birmingham City selama tiga tahun mula menyertai TRW,Julai musim lalu dan menjadi perhatian penyokong Kelantan kerana mengamalkan corak permainan menarik. 

Sementara itu,Presiden Kelab Penyokong TRW Kota Bharu, Mohd Zainy Mohd Zain berkata,satu kerugian besar kepada Kelantan sekiranya kontrak Gomis tidak dilanjutkan dan mungkin pemain itu akan disambar pasukan negeri lain sebaik pintu jendela perpindahan pemain dibuka semula,April depan. 


Sumber : METRO & #Kelantan Fc@Borak™