RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 30 Januari 2017

Glow Glowing Taja Kasut Seorang Pemain Setiap Bulan

KOTA BHARU: Skuad bola sepak Kelantan menerima tajaan tambahan berupa kasut bola daripada syarikat kosmetik Glow Glowing Beauty Skin Sdn Bhd bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Rowi Dollah, berkata syarikat itu sebelum ini telah menaja jersi perlawanan dan latihan bagi pasukan The Red Warriors itu.
"Penajaan tambahan ini dilakukan bagi menaikkan semangat pemain untuk beraksi lebih cemerlang dalam setiap perlawanan yang ditempuhi mereka.
"Kasut bola berkenaan akan diberikan secara bergilir dengan seorang pemain akan menerima sepasang kasut pada setiap bulan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun merahsiakan harga dan jenama kasut bola yang akan diberikan kepada pemain Kelantan.
Syarikat itu sebelum ini telah menyerahkan sepasang kasut, masing-masing kepada dua penyerang Kelantan iaitu Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad. - BERNAMA
SUMBER : BERITA HARIAN