Bastian Schweinsteiger menjaringkan satu gol ketika menentang Wigan Athletic dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA semalam.
LONDON 30 Jan. - Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengesahkan Bastian Schweinsteiger akan terus kekal bersama kelab itu hingga akhir musim ini ketika jendela perpindahan pemain bakal melabuhkan tirainya esok.
Pemenang Piala Dunia bersama Jerman, Schweinsteiger telah mempamerkan aksi memberansangkan bersama United termasuk menjaringkan gol ketika mereka menewaskan Wigan Athletic 4-0 sekali gus membantu United melangkah ke pusingan kelima Piala FA.
Mourinho yang diminta memberikan reaksinya terhadap masa depan Schweinsteiger bersama United berkata: “Ya, dia akan kekal di sini.
“Dia akan berada dalam senarai pemain untuk perlawanan Liga Europa, tambahan pula kami tidak mempunyai ramai pemain.
“Malah kami juga tidak mempunyai banyak pilihan di bahagian tengah.
“Sembilan puluh minit (melawan Wigan) mungkin sukar untuk dia terutama ketika minit ke-65 hingga ke-70, jelas dilihat kesukaran dihadapinya tetapi saya fikir dia gembira.”
Dalam pada itu, Mourinho turut meluahkan rasa bimbangnya terhadap jadual padat yang terpaksa dihadapi United.
Perlawanan akhir Piala Liga dijadual berlangsung pada Februari dan Liga Europa juga akan berlangsung pada bulan yang sama.
“Kami akan berdepan musim yang sukar berbanding kelab lain. Liverpool akan bermain 16 perlawanan hingga akhir musim, Chelsea bermain 16 selain beberapa perlawanan dalam Piala FA dan kami menghadapi jadual yang padat.
“Southampton mempunyai 15 hari tanpa aksi bola sepak sebelum final manakala kami akan bermain dua perlawanan melawan St. Etienne dan pusingan Piala FA seterusnya,” kata Mourinho. – AGENSI

SUMBER : UTUSAN