Tan Sri Vincent Tan
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Pemilik kelab divisyen kedua England Cardiff City, Tan Sri Vincet Tan berjanji untuk membina 5,000 buah rumah bagi membantu keluarga miskin di Filipina, lapor portal berita negara itu, Philippine Daily Inquirer.
Tokoh perniagaan tersebut bersedia melaksanakan projek itu menerusi bantuan Yayasan Pembangunan Masyarakat Gawad Kalinga (GK).
“Orang kaya menjadi kaya disebabkan ramai orang miskin menyokong perniagaan mereka,” kata Vincent dalam Sidang Kemuncak Global Perniagaan Sosial di GK Enchanted Farm, di Manila baru-baru ini.
Vincet yang juga pengasas Berjaya Group pada 2012 pernah mendermakan AS$2 juta (RM8.86 juta) sebagai sebahagian daripada janjinya untuk membina 3,000 rumah buat rakyat Filipina yang terjejas ekoran bencana alam.
Pada majlis penutup sidang kemuncak tersebut, anak kelahiran Batu Pahat berusia 65 tahun itu berkata, Berjaya dan GK telah membina 1,000 rumah setakat ini. “Kami komited untuk membina 3,000 rumah beberapa tahun lalu dan jika anda dapat membinanya dengan lebih cepat, kami ingin membina 5,000 buah lagi.
“Saya janjikan separuh kekayaan saya adalah untuk kerja-kerja amal. Ramai orang yang menyokong perniagaan kami.
Siapa mereka? Kebanyakannya adalah golongan miskin,” ujar Vincent. Tambahnya, beliau turut bercadang untuk melakukan perkara yang sama di Malaysia, seperti GK lakukan di Filipina, dengan menyediakan tempat tinggal bagi masyarakat miskin negara ini.
“Kami akan berbuat sesuatu di Malaysia dan mudah-mudahan, kami boleh mendapatkan jaminan daripada organisasi lain yang boleh menderma bagi membina rumah untuk golongan miskin yang tidak mampu ini,” katanya. - AGENSI

SUMBER : UTUSAN