RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 25 Januari 2017

"Saya akan Buktikan Kehadiran Saya Bukanlah Sekadar Pelengkap Pemain" - Hattaphon

KOTA BHARU: Selepas lama tidak beraksi kerana dibelenggu kecederaan musim lalu, Hattaphon Bun An mengakui sudah tidak sabar untuk beraksi semula ketika Kelantan berkunjung ke Stadium Shah Alam menentang PKNS FC, 27 Januari ini.
Walaupun tidak pasti sama ada disenaraikan oleh Zahasmi Ismail atau tidak, pemain berusia 26 tahun itu berharap ketua jurulatih The Red Warriors (TRW) itu memberi peluang kepadanya memperagakan kemampuannya. Setakat ini, Hattaphon yang juga bekas pemain Kedah, Kuala Lumpur FA dan T Team, berpuashati dengan tahap kecergasannya sepanjang latihan bersama rakan sepasukan, dua minggu lalu.
Bagaimanapun, pemain berketurunan Siam dari Jitra, Kedah itu menyerahkan segala-galanya kepada Zahasmi kerana ketua jurulatih itu mungkin sudah ada perancangannya sendiri. Hattaphon berkata, semua pemain TRW kini bersedia untuk diturunkan dalam pertemuan menentang PKNS selepas perlawanan pertama bertemu Melaka United di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu lalu ditunda kerana padang ditakungi air.
Katanya, dia optimis peluang Kelantan untuk memburu kemenangan pertama agak cerah sekalipun beraksi di gelanggang serta di depan penyokong lawan. “Selaku pemain baharu bersama S Thinagaran, Hasmizan Kamarodin, Mohammad Ab Aziz Ismail dan S Subramaniam kami akan buktikan kepada penyokong TRW kehadiran kami bukan sekadar untuk melengkapkan senarai barisan pemain,” katanya.
Sementara itu, Zahasmi berkata, dia berpuashati dengan kesungguhan Hattaphon dalam merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
“Hattaphon kemungkinan besar bakal mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan Wan Zack Haikal atau Wan Zaharulnizam berikutan pemain itu turut memiliki larian pantas dan berkebolehan mengawal bola dengan baik.
“Saya masih belum memutuskan pemain mana yang bakal disenaraikan dalam perlawanan (PKNS) itu kerana terdapat tiga lagi sesi latihan intensif bagi melihat sejauh mana tahap kecergasan pemain,” katanya.
Sumber: Berita Harian