RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 25 Januari 2017

Pasukan wanita Kelantan mencipta sejarah apabila bakal mengenakan pakaian muslimah

Kota Bharu: Pasukan wanita Kelantan bakal mencipta sejarah tersendiri apabila bakal mengenakan pakaian muslimah dalam menghadapi saingan Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW) 2017, bermula 3 Februari depan.
Pemain SS Glow Glowing FC Kelantan itu akan lengkap berpakaian sukan dan menutup aurat dengan bertudung, berseluar pendek labuh, ‘tight’ panjang dan ‘inner’ berlengan panjang.
Walaupun berpakaian sedemikian, pergerakan pemain tidak akan terbatas kerana mereka boleh berlari, menyepak, melompat dan menanduk bola seperti biasa.
Pengurus Datuk Mohd Rowi Abdullah berkata, pihaknya mengambil pendekatan itu bukannya mahu mencari publisiti murahan tapi kewajipan untuk menjaga aurat dalam kalangan pemain bola sepak wanita.
Katanya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) juga tidak mempunyai masalah dengan pemainnya mengenakan pakaian bercirikan muslimah itu.
“Ramai bersetuju dengan pendekatan kelab saya kerana jarang pasukan bola sepak wanita bermain dan berpakaian seperti itu di khalayak ramai.
“Malah, setakat ini, pihak kami tidak menerima komen negatif terhadap pembabitan pemain wanita kerana mereka semuanya berpakaian menutup aurat,” katanya ketika ditemui di Padang Halban, di sini, kelmarin.
SS Glow Glowing FC Kelantan diletakkan dalam kumpulan Zon Tengah bersama Jeonsa dari Kuala Lumpur dan Tanjung Malim (Perak) dalam saingan peringkat awal LBRW, bermula di Kuala Lumpur, 3 hingga 5 Februari depan.
Kelab itu kini memiliki 25 pemain yang majoritinya muka baru dalam sukan bola sepak wanita, selain pernah menyertai kejohanan futsal di sekitar negeri ini.
Bagaimanapun, menurutnya, keadaan cuaca tidak menentu yang menyebabkan tempat latihan sering ditakungi air akibat hujan lebat sejak seminggu lalu, menyebabkan mereka terpaksa berpindah gelanggang.
“Kami terpaksa tukar program latihan ke tempat tertutup atau gelanggang futsal pemanas badan bagi memastikan stamina dan kecergasan pemain pada tahap terbaik,” katanya.

Sumber : METRO