RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 29 Disember 2016

Kelab penyokong Selangor minta EXCO FAS kekal jawatan


Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC), Haniff Rana Manzoor (2,kiri) bersama Presiden Selangor Arrogant, Hamzah Che Hassan (kanan) pada sidang media berhubung perkembangan terkini senario bola sepak pasukan Selangor di Charlton Holiday Hotel. - Foto NSTP/Osman Adnan 

SHAH ALAM: Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) menyatakan sokongan kepada semua barisan EXCO Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) supaya kekal menerajui persatuan bola sepak negeri itu sehingga 2018. 

Presidennya, Haniff Rana Manzoor berkata, ini berikutan buat masa ini, khidmat mereka masih diperlukan untuk menerajui pentadbiran. Katanya, peletakan jawatan serta-merta hanya akan mendatangkan masalah lebih buruk kepada badan induk bola sepak negeri itu. 

"Pelantikan mereka dibuat dalam mesyuarat jadi terpulang kepada mereka sama ada mahu meletak jawatan ataupun tidak. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk mengundur diri. "Saya pasti mereka akan mengundur diri juga tetapi tunggu masa. Kalau mereka meletak jawatan, siapa yang mahu menguruskan perjalanan persatuan dan juga pengurusan pasukan Selangor? 

"Adakah mereka yang dipilih untuk menggantikan EXCO itu nanti boleh uruskan pasukan dengan baik? Saya rasa mereka yang ingin melihat EXCO meletak jawatan, tunggulah sehingga 2018," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, petang tadi. 

Malah, Haniff turut mencabar mana-mana individu yang mahu menguruskan persatuan supaya bertanding ketika kongres pemilihan yang dijangka dilangsungkan pada 2018. 

"Sebarang desakan perlu dibuat ikut saluran yang betul. Kita ada kongres pemilihan dan mesyuarat agung tahunan jadi buat ikut perlembagaan. "

Bila tiba masa pertandingan nanti, sesiapa pun boleh masuk bertanding. 

Tiada siapa hendak melarang dan itulah baru cara yang betul mengikut perlembagaan yang ditetapkan. Dalam masa sama, Haniff turut kesal dengan pelbagai spekulasi negatif membabitkan senario pasukan Selangor terutamanya kemelut yang membelenggu FAS ketika ini. 

Justeru, dia memohon Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya berjumpa semua EXCO untuk membincangkan masalah ini sekali gus bersepakat mencari langkah penyelesaian yang terbaik. 

"Presiden patut menjadi saluran yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini dan perbaiki apa sahaja yang berlaku dalam persatuan ketika ini. 

"Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak jadi eloklah mereka berbincang secara elok untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar pasukan Selangor dapat terus cemerlang dalam saingan musim hadapan," katanya.

- BERITA HARIAN