Perkara penting lain yang turut terkan­dung dalam pindaan enakmen tersebut ia­lah membenarkan vi­deo digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.
Enakmen itu merupakan sebahagian da­ri­pada persiapan Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (2015) sekiranya Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) diluluskan di Dewan Rakyat kelak.
Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Ja­­wa­tankuasa Pemba­ngunan Islam, Dakwah, Penera­ngan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.
Kelulusan terhadap pindaan terbabit diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub selepas disokong sebulat suara oleh ahli dewan yang hadir terma­suk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Mohd. Nassuruddin ketika membentangkan usul itu berkata, beberapa faktor utama telah diambil kira bagi melakukan pindaan termasuk enakmen tersebut yang sudah berusia 15 tahun dan keadaan semasa dunia yang berkembang pesat.
“Pindaan ini perlu dilakukan bagi membantu hakim syarie, pendakwa syarie, peguam syariah serta penguat kuasa agama menjalankan prosedur kes jenayah syariah dengan lebih teratur dan seragam.
“Antara pindaan yang akan diguna pakai adalah bagi membolehkan seseorang yang dihukum bersalah disebat di khalayak, penguat kuasa agama boleh menggunakan gari dan video boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan,” katanya.
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 merupakan bahagian teknikal kepada pelaksanaan hukuman yang terkan­dung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) yang mana
kesalahan-kesalahan melibatkan hukuman sebat di bawah enakmen tersebut ialah zina, liwat, qazaf (me­nuduh zina atau liwat) dan minum arak.
Selain memboleh­kan hukuman sebat di tempat terbuka yang diwartakan oleh kerajaan negeri, pindaan enakmen itu juga membabitkan pindaan kepada 33 fasal lain.
Bagaimanapun, kesemua pindaan itu masih terikat dengan pelaksanaan dan kelulusan pindaan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang kini masih belum selesai di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui di luar dewan memberitahu, terdapat 33 fasal yang dipinda dalam enakmen itu bagi memperkemaskan hukuman sedia ada serta beberapa proses teknikal lain.
Image may contain: 2 people
Gambar : Awie Xii

"Terdapat 33 fasal dalam RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ini dan semuanya dipinda bagi memperkemaskan hukuman seperti sebat, denda dan beberapa proses teknikal yang lain.

"Contohnya seperti hukum sebat yang kini boleh dilaksanakan di dalam ataupun di luar penjara bergantung kepada keputusan mahkamah. Ia menepati kehendak agama (berkaitan hukuman sebat) sebab hukuman syariah itu mesti dibuat di hadapan khalayak,"

“Perkara ini bertepatan dengan kehendak agama sebab hukuman syariah itu mestilah dibuat di hadapan khalayak ramai,” katanya.