RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 13 Julai 2017

Gonzales Enggan Layan Dan Anggap Desakan Penyokong Itu Normal


Pengurus pasukan Kelantan, Alfredo Gonzales enggan melayan desakan penyokong mahu dia berundur dan digantikan pengendali asal, Zahasmi Ismail susulan kekalahan kepada T-Team FC. 

Malah Gonzales menegaskan, dia tidak berasa kecewa biarpun sentuhan sumbangnya sekali lagi menghadiahkan kekalahan kedua berturut-turut kepada penyokong setia Kelantan dalam tempoh empat hari. 

"Itu normal, mereka (penyokong) marahkan apabila pasukan ini tetapi dalam bolasepak, bila perkara seperti ini terjadi, kami (barisan kejurulatihan) perlu bersatu untuk menangani masalah ini. 

"Saya faham situasi ini, saya adalah penyokong dan mereka juga penyokong, Mereka begitu bersemangat mengikuti perkembangan pasukan ini kerana Kelantan merupakan nama besar di Malaysia" katanya kepada pemberita sejurus perlawanan itu.  

Skuad TRW itu sekali lagi ditimpa malang apabila tewas 1-3 kepada T-Team walaupun mendahului menerusi Iwe Seli pada minit 63 sebelum tuan rumah meledak 3 gol dalam 10 minit terakhir perlawanan.    

Tegas Gonzales lagi, dia sedikit pun tidak terganggu dengan kritikan negatif itu sebaliknya mahu lebih fokus unutk memperbaiki prestasi pasukan yang terjejas teruk ketika ini.

"Kami sepatutnya kena bekerja lebih kuat untuk menyelamatkan situasi (prestasi TRW), jadi saya tak ada apa-apa komen mengenai penyokong. Saya faham perkara ini sentiasa berlaku dalam bola sepak lebih-lebih lagi apabila pasukan kalah" katanya. 

Mengulas lanjut kekalahan itu, Gonzales memberi alasan dengan menyalahkan kegagalan menjalani latihan lebih tersusun dan mengatur banyak aksi persahabatan ketika bulan Ramadhan punca prestasi merosot. 

“Kelantan ada masalah pada awal permainan, T-Team ada dua hingga tiga peluang untuk menjaringkan gol dan sekalipun pemain beraksi baik pada babak kedua dan mendahului, namun kami membenarkan mereka menjaringkan tiga gol itu.

“Betul, tiga gol itu terhasil dalam tempoh tujuh minit tetapi ia bukan disebabkan satu perkara, ada banyak faktor lain. Kami hanya bawa 17 pemain ke sini (Kuala Terengganu), banyak masalah sepanjang persediaan lalu tetapi sekarang kami kena pandang ke depan untuk menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.


Sumber : SINAR HARIAN / SUKAN Mazram Idzam Ridzal Mahmud