DUA pemain import baharu The Red Warriors, (TRW), Okikiola Afolabi dan Cedric Djeugoue terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada pasukan itu sekalipun saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2017 hanya akan membuka tirainya, pada Sabtu ini.
Sumber terdekat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengesahkan jodoh kedua-dua pemain itu bersama Kelantan hanya mampu bertahan selama empat hari dan terpaksa diketepikan angkara kecederaan dan masalah dokumentasi.
“Afolabi seperti anda ketahui memang sah tidak boleh bermain untuk jangka masa tertentu kerana mengalami kecederaan ligamen lutut atau ACL (anterior cruciate ligament) hasil laporan perubatan, beberapa hari lalu.
“Manakala Djeugoue pula berdepan masalah apabila dokumennya tidak lengkap untuk didaftarkan ke dalam TMS (Sistem Pemadanan Perpindahan Pemain) sedangkan urusan itu mengambil masa terlalu lama, bukan sehari dua (untuk diselesaikan),” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Keputusan menggugurkan Afolabi, penyerang yang pernah beraksi bersama kelab Talleres de Cordoba dalam Liga Primera Argentina dan Djeugoue, bekas pemain kebangsaan Cameroon pada kempen Piala Dunia 2014 di Brazil menyaksikan Kelantan hanya mengekalkan Mohammed Ghaddar (Lubnan) selain Morgaro Gomis (Senegal).
Menurut sumber itu lagi, Kafa dijangka memanggil sekurang-kurangnya tiga pemain asing yang dijangka tiba di Kota Bharu, dalam tempoh terdekat untuk menjalani ujian sebelum mengikat kontrak bersama pasukan itu.
“Seorang beraksi di posisi serangan manakala dua lagi bertindak selaku pemain pertahanan. Setakat ini, saya tidak ada maklumat terperinci mengenai ketiga-tiga pemain import yang akan datang ke sini,” katanya.
Sumber itu turut menafikan khabar angin skuad pantai timur berhasrat menyunting semula bekas pemain Kelantan musim 2011 dan 2012, Mohd Nurul Azwan Roya bagi memperkuatkan pasukan itu, pada saingan musim ini.
“Memang betul ada perbincangan melibatkan kedua-dua pihak tetapi saya difahamkan pemain itu meminta gaji yang tinggi namun Kelantan tidak mampu memenuhi tuntutannya,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Kafa dijangka mengikat kontrak bekas pemain sayap Angkatan Tentera Malaysia (ATM), S Thinagaran yang sebelum ini mencuba nasib bersama pasukan itu dalam masa terdekat.
SUMBER : SINAR HARIAN