RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 19 Januari 2017

SEBAB JORGE PEREYRA DIAZ DISINGKIRKAN


TMJ ditanya oleh penyokong tentang isu yang membabitkan Jorge Pereyra Diaz.  Baginda akhirnya membuka mulut tentang isu ini. Sebelum ini terlalu banyak spekulasi ke atas isu ini. Antaranya 


Aimar dan Diaz paling sukar dikawal
“Semenjak saya mengambil alih bolasepak, 2 orang yang paling susah untuk dikawal ialah Pablo Aimar dan Jorge Pereyra Diaz.”
“Dia boleh datang ke latihan pada hari ni, bersalaman dengan kita dan esok dia tak nak tengok muka kita. Bad mood.”
“Saya tidak kisah, walaupun anda jaringkan 200 gol ke, 500 gol ke, apabila anda tidak ada rasa hormat kepada kelab, saya takkan teragak-agak untuk singkirkan anda.”

TMJ turut menyentuh sikap kurang profesional Diaz dalam isu lambat melapor diri ke pusat latihan pasukan selepas bercuti.
Bintang dari Argentina itu juga diberikan kuota tiket yang ditanggung oleh kelab untuk beliau pergi dan balik dari Malaysia ke Argentina.
Yang membuatkan TMJ bengang adalah Diaz pernah enggan membayar tiket yang bukan di dalam kuota tanggungan kelab. Kuota yang ditetapkan telah habis. Beliau juga turut balik lambat ke Johor.
Sikap ini yang membuatkan TMJ tidak menggemari perangai diva Diaz. Sedangkan pemain itu dibayar gaji yang sangat besar. Tambah TMJ lagi:
“Gaji beliau pula tinggi hampir USD90 ribu (sebulan), ia bukan gaji kecil. Tetapi kalau asyik nak naik first class sahaja, memangla bankrap.”

Melanggar etika penggunaan media sosial
TMJ juga kecewa dengan sikap Diaz yang melepaskan amarah beliau di media sosial. Ia memang satu kesalahan yang tidak boleh diterima mana-mana kelab profesional di dunia.
Ini antara petikan kenyataan meroyan Jorge Pereyra Diaz yang ditujukan kepada JDT di facebook beliau sebelum ini:

TMJ memberikan respon:
“Datang kepala tak betul dia pergi tulis dalam internet. Itu sudah satu kesalahan. Bila perkara ini terjadi, maka kontrak dia tamat.”
“Lepas jadi macam ni, dia pun nak minta bayaran 3 bulan gaji. Mana boleh, kau dah tak kerja sini lagi.”
“Jadi sekarang, kami bersetuju untuk membayar dia sebulan gaji dan dia boleh pergi ke mana-mana kelab dia suka dan kita dapat pula duit kita semula.”
Petikan kenyataan TMJ ini adalah ketika sidang media bersama penyokong bola sepak yang beliau anjurkan pada 18 Januari 2017.

Kami mahu memberikan kredit kepada Arena Harimau Malaysia dan Johor Football Arena yang menjadi sumber rujukan untuk kenyataan TMJ tersebut. Sila like dan follow page tersebut untuk lebih info bola sepak.
SUMBER : https://semuanyabola.com