RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 12 Julai 2017

Jawapan Mengejutkan TMJ Apabila Ditanya 'Adakah Berminat Menyertai Polo Sukan SEA'

Image result for tmj polo

KUALA LUMPUR: 'Jika anda bergaul dengan ayam, anda akan berkokok dan jika anda bergaul dengan helang, anda akan terbang tinggi'. 


Itulah jawapan yang diberikan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika ditanya sama ada berminat membabitkan diri atau mempunyai peranan dalam FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan sukan polo di negara ini. 


Soalan dan jawapan mengenai pertanyaan membabitkan badan induk bola sepak negara dan sukan polo itu disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, beberapa jam lalu. 


Tunku Ismail sebelum ini disebut-sebut menjadi pilihan utama untuk mengambil alih teraju kepemimpinan FAM selepas penyandangnya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dijadual melepaskan jawatan itu pada tahun depan. 


Bagaimanapun Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu dilaporkan tidak berminat dan sebaliknya ingin terus menumpukan kepada kelab miliknya, JDT. 


Berikut transkrip soal jawab yang disiarkan dalam akaun Facebook JDT itu. 


Wartawan: Berkenaan dengan FAM atau Polo, tidakkah Tunku mahu melibatkan diri dan mempunyai peranan dalam kedua-dua sukan ini...? 


DYAM TMJ: Saya tidak mahu komen lebih-lebih. Cuma saya nak cakap 'jika anda bergaul dengan ayam, anda akan berkokok dan jika anda bergaul dengan helang, anda akan terbang tinggi'. 


Wartawan: Terima kasih Tunku. DYAM 


TMJ: Sama-sama. Selamat Malam. 


Dalam pada itu, Tunku Ismail turut menjawab soalan mengenai sukan polo yan bakal dipertandingkan pada temasya Sukan SEA di Malaysia pada tahun depan. 


Wartawan: Maaf Tunku, ini bukan soalan bola sepak tetapi soalan ini berkaitan dengan minat Tunku iaitu Sukan Polo. Ramai mengetahui bahawa Tunku minat dan mempunyai kemahiran bermain Polo. Pada Sukan Sea yang akan datang, Sukan Polo akan dipertandingkan pada temasya tersebut. Apa komen Tunku..? 


DYAM TMJ: Ya, saya mengetahui bahawa sukan polo ini akan dipertandingkan semasa temasya itu nanti, kerana saya juga mendapat jemputan mewakili negara sejak dari dulu lagi. Bukan saya tidak mahu bermain, ini kerana pertandingan Sukan Sea ini adalah satu pertandingan peringkat lebih rendah dibandingkan dengan pertandingan tertinggi antarabangsa yang saya sertai di Argentina. Saya mempunyai komitmen setiap tahun untuk beraksi di sana. Jadi, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang mewakili negara nanti.

Sumber : Berita Harian, 6 Oktober 2016