RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 13 Julai 2017

Alfredo Nafi Bertekak Dengan Zahasmi, Respon Zahasmi Kenapa Duduk Tempat Penyokong


PENGARAH Teknikal pasukan bola sepak Kelantan, Alfredo Carlos Gonzales memaklumkan beliau tidak ada masalah dengan Ketua Jurulatih, Zahasmi Ismail.
Beliau berkata, dakwaan yang dilemparkan (peminat) berhubung hubungannya dengan Zahasmi adalah tidak betul kerana mereka dapat bekerjasama dengan baik dan saling membantu dalam menguruskan pasukan itu.
Katanya, dakwaan berkenaan dianggap sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi.
"Kami bekerja sebagai satu pasukan dan Zahasmi banyak membantu saya mengenali pemain dengan lebih dekat selain menguruskan persiapan pasukan dengan baik.
"Kami cuba buat yang terbaik bagi memastikan pasukan mampu bangkit dalam menghadapi saingan seterusnya," katanya dalam sidang media di MZ Cafe, Kota Bharu, hari ini.
Katanya, susulan rentetan kekalahan dihadapi pasukan Kelantan pihaknya masih berusaha mencari ramuan terbaik menyiapkan pasukan.
Menurutnya, dia berharap penyokong memberi sokongan padu kepada pasukan di saat ini.
"Saya masih belum menekan butang panik dan berharap pemain dapat bermain dengan sepenuh hati dan memahami taktikal yang diterapkan.
"Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi bukanlah perkara yang mengejutkan dan pasukan masih mencari keserasian terutama selepas pemergian beberapa pemain penting ke pasukan lain," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai gambarnya yang duduk di tempat penonton ketika bertemu T-Team di Stadium Nasiruddin Shah, Terengganu yang tular, beliau berkata, ia adalah atas kerelaannya sendiri.
Katanya, dia mahu memantau perlawanan daripada sudut yang lebih luas bagi mengenal pasti kelemahan pasukan.
"Sebelum ini tugas itu dipangku penolong jurulatih Sidek Shamsudin, tetapi disebabkan beberapa perkara dia tidak dapat melaksanakan tugasannya itu," katanya.
Gambar Zahasmi yang duduk di tempat penyokong sebelum ini tular sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan penyokong bola sepak negeri itu.

Sumber : METRO