RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 13 Julai 2017

Sebat Di Tempat Dilaksanakan Selepas Enakmen Diwartakan



Gambar : SINAR HARIAN

KOTA BHARU - Hukuman sebat di tempat umum bagi negeri Kelantan akan dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) diwartakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khusus bagi membincangkan tempat-tempat strategik bagi menjalankan hukuman itu.

"Secara peribadi saya berpendapat tempat umum seperti di dewan, di luar mahkamah atau hadapan masjid boleh digunakan untuk menjalankan hukuman itu, namun kita akan bermesyuarat untuk memperhalusi perkara berkenaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Semalam, Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Mohd Nassuruddin berkata, selain rotan, perkara lain yang ditambah baik dalam enakmen itu termasuklah penambahan peruntukan berkaitan khidmat komuniti sebagai hukuman alternatif, yang bersifat mendidik serta membenarkan penggunaan gari dalam penguatkuasaan terhadap suspek.

"Hukuman rotan dalam Islam ini bukan bertujuan untuk mendera tapi lebih kepada mendidik pesalah," katanya.

Kerajaan Negeri Kelantan, katanya kekal dengan keputusan untuk melaksanakan hukuman itu kepada orang Islam sahaja kerana ia hanya membabitkan undang-undang Mahkamah Syariah Kelantan dan tidak terpakai kepada orang bukan Islam. - Bernama

Sumber : SINAR HARIAN