RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 13 Julai 2017

Kedah Tak Mahu Dilabel Anak Emas, Harap Penyiar Beri Peluang Siaran Langsung Kepada Pasukan Lain

SIARAN langsung aksi Liga Super menerusi TV9 antara Kedah FA dan Selangor FA di Stadium Darulaman, Alor Setar pada Sabtu ini, dibatalkan atas pertimbangan tidak munasabah tiga perlawanan di gelanggang sendiri disiarkan berturut-turut.
Untuk rekod, selepas Liga Malaysia bersambung bulan ini, dua kali perlawanan di Stadium Darulaman disiarkan secara langsung iaitu 1 Julai bertemu Perak FA (Liga Super) dan pada 4 Julai bertemu Melaka United (Piala Malaysia).
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya amat menghargai komitmen penyiar rasmi Media Prima kerana memilih skuad Lang Merah dan menyifatkan ia satu penghormatan kerana menumpukan prestasi pasukan dalam pemilihan siaran langsung.
Beliau berkata, KFA juga tidak pernah menghalang pihak penyiar rasmi Lima Malaysia untuk membuat rakaman siasaran langsung membabitkan pasukan itu di gelanggang sendiri mahupun di tempat lawan.
"Namun pemilihan siaran langsung perlu selari dan diputuskan atas dasar situasi menang-menang untuk kebaikan semua pihak memandangkan masih ada pasukan lain dalam Liga Super belum mendapat siaran langsung.
"Pihak KFA terbuka untuk menerima siaran langsung membabitkan pasukan Lang Merah selepas ini, namun pemilihan serta pemakluman awal secara rasmi mengenai sesuatu siaran langsung haruslah dibincangkan bersama antara pihak penyiar rasmi, pengendali liga serta pasukan yang terbabit.
"Ini penting kerana ia dapat mengelakkan daripada terjadinya sesuatu isu penundaan atau pembatalan di saat akhir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar berkata, pihaknya merasakan kekerapan penyiaran yang diberikan sejak bermula musim kepada pasukan Kedah adalah penghargaan kepada warga Kedah khususnya.
"Kita menghargai pemilihan siaran langsung untuk Kedah, namun kita juga berharap pihak penyiar siaran dapat memberi juga peluang siaran langsung kepada pasukan lain.
"Kita juga tak mahu dianggap anak emas oleh penyiar siaran dan berharap pasukan lain diberi peluang dalam hal ini," katanya.

Sumber : METRO