RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 10 Jun 2017

Respon Penuh Annuar Musa Kepada Bekas Pemain Kritik Cadangan Diskaun 50%

Tan Sri Annuar Musa respon melalui akaun facebook beliau berkenaan komen kurang cerdik antaranya bekas pemain Kelantan yang kritik dan tidak bersetuju dengan cadangan atau tawaran melunaskan gaji tertunggak pemain 2015 dan 2016 dalam 30 hari dan diberi diskaun 50%.

Tan Sri Annuar Musa menegaskan tawaran tersebut bukan dari KAFA malah dari Penaja yang sukarela untuk menawarkan pelan penyelesaian gaji tertunggak tersebut dan ia bukan secara paksaan

Tan Sri Annuar Musa turut perli bekas pemain mengatakan jangan mengungkit tentang titik peluh jika prestasi tidak seberapa dan beliau turut mengingatkan bekas pemain tawaran tersebut bukan dari KAFA

Komen Penuh Tan Sri Annuar Musa :

"Masih ada yang "kurang cerdik"bila kita "bersukarela"memberi tawaran..Mengemis?...siapa suruh mengemis?...kalau nak tunggu KAFA bayar tunggu je lah.ITU HAK MEREKA.. 

"tawaran ini bukan dari KAFA Tp kita kita yg nak bantu kedua dua pihak..ZALIM KE?...kalau tak setuju tak payah ambik...usah ungkit soal titik peluh..kerana ada yg dapat WANG dari titik peluh yg kadang kala dgn PRESTASI yg tak seberapa.

"ITU TAK KISAHLAH..hutang tetap hutang....TAPI JGN LUPA ADA JUGA ORANG YG TERPAKSA MENGELUAR TITIK PELUH UTK BOLA TANPA DAPAT WANG PUN TAPI SEBALIKNYA MENGELUARKAN WANG UTK ANDA..bola Kelantan bukan di tampung dari TITIK PELUH BOLA sahaja...ada orang kena bekerja di luar padang utk tanggung yg di dalam padang...

"Sekali lagi saya ulang..TAWARAN INI BUKAN DARI KAFA..ia juga bukan paksaan..BAGI YG NAK RINGANKAN BEBAN KAFA BOLEHLAH "bermurah hati"menyumbang mengikut cara masing masing..Bagi yg tak mau,usah condemn usaha sukarela orang yg nak menolong...... 

"hak anda tetap hak anda..dan tunggu sajalah..bagi yg SUKARELA nak sama sama ringankan beban pasukan kita JOM KITA SAMA SAMA BERKORBAN UNTUKNYA MENGIKUT KEMAMPUAN MASING MASING....

"Usah buat tak faham perkara YANG SGT MUDAH DI FAHAMI..
Semoga di berkati...."