RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 29 Disember 2016

Kelantan, Terengganu terikat aksi persahabatan


KUALA NERUS: Tiada kelibat awang import diturunkan dalam aksi pemanas badan dua musuh tradisi - Terengganu dan Kelantan di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, petang tadi. Malah, dua pengendali pasukan dari Pantai Timur ini hanya menurunkan pemain tempatan dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan. 

Kedua pasukan memperagakan aksi bertenaga dengan berbalas serangan, namun buntu menembusi kubu lawan hingga wisel penamat. 

Skuad Penyu yang beraksi dalam Liga Perdana musim depan, dibarisi muka baharu kecuali tiga pemain lama iaitu penjaga gol, Mohd Sarbinee Allawee, Mohd Sharin Sapien dan Amirul Syahmi Ashari bermula dalam kesebelasan utama. 

Berbeza dengan pasukan pelawat yang dibimbing Zahasmi Ismail apabila mempertaruhkan pemain pengalaman diketuai Mohd Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Norfarhan Mohamad, Indra Putra Mahyudin dan Norhafiz Zamani Misbah selain menguji tiga pemain muda dari skuad Piala Presiden. 

Ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, berkata perlawanan itu adalah untuk menguji gandingan pemain baharu dan lama. Bekas pengendali FELDA United itu berkata, pemain import yang menyarung jersi Terengganu dijangka bersama pasukan awal tahun depan. 

"Pasukan saya masih banyak perlu diperkemaskan dan yakin gandingan bersama awang import sedikit sebanyak dapat memperkuatkan posisi pertahanan, tengah dan depan," katanya.