RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 29 Disember 2016

Kelantan bakal menarik diri atau sebaliknya akan terjawab pada hari ini


PERSOALAN sama ada Kelantan bakal menarik diri atau sebaliknya dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017 bakal terjawab pada mesyuarat agung luar biasa Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di Kota Bharu, pada Khamis ini.

Namun badan induk bola sepak negeri itu mendedahkan setakat ini mereka belum memperoleh sebarang tajaan daripada mana-mana syarikat sekali gus memberi petunjuk masa depan pasukan pantai timur semakin kabur untuk beraksi dalam liga berkenaan.  

Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah mengakui, tidak ada perbincangan rasmi dilakukan dengan mana-mana syarikat yang sebelum ini mendakwa mahu menaja The Red Warriors.

“Secara rasminya belum ada (penaja) walaupun ada pihak tertentu seperti dalam laporan media sebelum ini menyatakan hasrat mahu menaja pasukan Kelantan untuk musim depan.

“Kita berharap mereka dapat tampil mengadakan perbincangan dengan pihak Kafa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) di Kota Bharu.

Hadir sama, Penyelaras BBBSK, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusinya, Yassin Mohd Noor, dua timbalan, Salim Mahmud Muhaidin dan Afandi Yusof, Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor serta beberapa bekas pemain negeri itu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, syarikat telekomunikasi redONE Network Sdn Bhd dan pengeluar produk kesihatan, OAR Teguh Sdn Bhd menyatakan hasrat untuk membantu Kafa menaja pasukan bola sepak negeri itu, pada musim depan.

Kafa memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi membolehkan pasukan itu kekal bersaing secara kompetitif namun persatuan itu masih bergelut mencari sumber kewangan selepas Tan Sri Annuar Musa melepaskan jawatan presiden, awal bulan lalu.

Mesyuarat khas Exco Kafa pada 15 Disember lalu, mendedahkan kantung kewangan persatuan itu hanya terkumpul RM800,000 daripada sumbangan penaja tertentu dan mereka perlu bekerja keras mencari dana sebelum sepak mula Liga-M, akhir Januari depan.