RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 14 Februari 2017

TOP 6 Pemain Import Penyerang TRW GAGAL MENYERLAH DAN TAK JADI KIJO LANGSUNG

Di sini kami senaraikan Senarai TOP 6 Pemain Import Striker Kelantan FA tidak menyerlah dan ore kelate kato "TAK JADI KIJO"

Ranking ini berdasarkan pencapaian sumbangan terhadap kelab TRW dan juga undian penyokong TRW.


Kita mulakan ranking no.6 dulu

Image result for forkey doe
6. FRANCIS FORKEY DOE

Pemain ini digelar sebagai predator kerana gaya rambut dan kepakaran menyudahkan gol dengan finishing sangat tajam tetapi apabila bersama TRW, Forkey Doe kurang bisanya tak sama seperti bersama pasukan lain mampu menjaringkan 10 gol keatas dalam liga seperti Terengganu FA (15 GOL) , Selangor FA (10 GOL+)*masih bersama, Negeri Sembilan (17 GOL) dan Felda United FA (15 GOL).

Pencapaian Forkey Doe bersama Kelantan FA 2014 :-

Liga Super 2014 (5 GOL)
Piala FA 2014 (2 GOL)
Piala Malaysia 2014 (5 GOL)



Related image
5. ERWIN CARRILLO

Pada tahun 2015, Carrillo sign dengan kelab Liga Super Malaysia Kelantan. Dalam temu bual dengan akhbar tempatan (Colombia), beliau berkata, tidak ada sebab mengapa beliau tidak akan dapat bersinar untuk pasukannya musim ini walaupun tidak fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Pencapaian Carrillo bersama Kelantan FA 2015 :-

Liga Super 2015 (4 GOL)
Piala FA 2015 (3 GOL)



Image result for nwoha onyekachi
4. ONYEKACHI NWOHA

Pada bulan Februari 2012, beliau meninggalkan Bahrain untuk memcuba nasib trial dengan pasukan juara Liga Super Malaysia 2011, Kelantan FA. Hanya dua hari selepas ketibaan beliau, beliau telah ditawarkan kontrak dan secara rasmi diumumkan sebagai pemain import Kelantan yang baru. Nwoha membuat penampilan sulung pada 14 Februari 2012 menentang Selangor FA. Beliau dibebaskan dari kontraknya pada Mei 2012.

Pencapaian Nwoha bersama Kelantan FA 2012 :-
Liga Super 2012 (2 GOL)
Piala FA 2012 (1 GOL)

AFC Cup 2012 (1 GOL)


Image result for emmanuel kenmogne kelantan
3. EMMANUEL KENMOGNE

Pada tahun 2015, Kenmogne sign dengan kelab Liga Super Malaysia Kelantan. memegang sebagai gelaran TOP SCORER Liga Indonesia 2014, Pemain ini gagal menyerlah dan hanya mampu menjaringkan 1 GOL sahaja ketika menentang Sarawak saingan Piala FA 2015

Pencapaian Kenmogne bersama Kelantan FA 2015 :-
Piala FA 2015 (1 GOL)


Image result for dramane traore kelantan

2. DRAMANE TRAORE

Pada tahun 2016, Traore sign dengan kelab Liga Super Malaysia Kelantan. memegang sebagai gelaran TOP SCORER Liga Super 2015 bersama PDRM menjaringkan 20 GOL satu musim, Apabila bersama TRW, Pemain ini hilang berbisa dan banyak kali gagal menyudahkan peluang keemasan depan mata sekaligus banyak hilang mata buat pasukan.

Pencapaian Traore bersama Kelantan FA 2016 :-
Liga Super 2016 (3 GOL)


Image result for prince tagoe kelantan
1. PRINCE TAGOE


Sudah pasti hampir semua penyokong TRW mengenali bekas pemain Piala Dunia 2014, tapi itu hanya indah dari khabar rupa sahaja. banyak masalah timbul sejak sign Tagoe ni. antara pemain import TRW paling gagal mungkin dalam sejarah? haha

Pada akhir April 2014, Tagoe diumumkan sebagai pemain baru untuk kelab Liga Super Malaysia Kelantan FA, sign kontrak 6 bulan. Pada awal bulan Mei 2014, Masalah timbul tak boleh bermain untuk Kelantan FA kerana tiada Sijil beliau International Transfer (ITC) dan akan digantikan oleh bekas pemain Kelantan FA Obinna Nwaneri semasa jendela perpindahan April . Walau bagaimanapun, pengurus Kelantan FA Azman Ibrahim yang mengatakan bahawa Kelantan FA masih berharap untuk menggunakan dia dalam Liga Super Malaysia dan percaya bahawa kes itu boleh diselesaikan dan penyokong yang ingin melihat bekas pemain Piala Dunia FIFA 2010 untuk bermain dengan Kelantan FA boleh dipenuhi. Pada 11 Mei 2014, kes itu telah diselesaikan dan disahkan oleh presiden FA Kelantan Annuar Musa melalui akaun Facebook beliau bahawa Tagoe boleh bermain untuk Kelantan FA pada 17 Mei 2014 berbanding Perak FA. (Sumber : Wikipedia Prince Tagoe)

Pencapaian Traore bersama Kelantan FA 2014 :-
0 GOL

Injured kuat
Cuti kuat
tiada sijil ITC
bazir pitih
Import TRW paling tak jadi kijo 

Ini pula Undian penyokong Kelantan memberikan undian Pemain Import Striker TRW hok mano tak jadi kijo. Rata-Rata memilih Tagoe. Tahniah Prince Tagoe. GKG

Kredit Gambar : Sinar Harian, Utusan, J Photography, KOSMO, METRO