RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 14 Februari 2017

PIYA bersemangat berkobar-kobar, sudah membuka balutan di kepala - ZAHASMI


Kelantan tidak pandang mudah keupayaan PKNP: Zahasmi Kelantan tetap menagih kudrat kaptennya, Mohd Badhri apabila berdepan PKNP FC pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Perak, malam ini.

KELANTAN tetap tidak memandang mudah pertemuan menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Perak, Ipoh, malam ini.

Jurulatihnya, Zahasmi Ismail tampak mengambil pendekatan lebih berwaspada apabila tidak mahu melabelkan pendatang baharu Liga Perdana itu sebagai ancaman kecil terhadap impian pasukannya untuk melangkah lebih jauh dalam kempen kali ini.

“Misi Kelantan adalah layak ke pusingan ketiga tetapi pertemuan malam esok (ini) kita tidak boleh pandang ringan apabila bertemu kelab seperti PKNP FC ini kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

“Ini adalah fasa kalah mati, amat berbeza dengan saingan liga.

"Semua pasukan hendak menang tetapi hanya yang terbaik akan layak, sebab itu saya rasa Kelantan tidak boleh memperkecilkan kemampuan PKNP,” katanya semalam.

Justeru, pengendali berusia 51 tahun itu menegaskan dia tidak akan memperjudikan nasib dengan mempertaruhkan pasukan kedua apabila berdepan skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu.

Menurutnya, sebarang percaturan termasuk merehatkan beberapa tonggak utama boleh menjerat diri kerana PKNP FC bukan sahaja diperkuatkan tiga awang import berkualiti, malah dibarisi ramai pemain muda yang menampilkan aksi penuh bertenaga.

“Kita akan tetap mempertaruhkan barisan terkuat.

"Tidak ada kesangsian mengenai perkara ini walaupun saya tahu Kelantan terpaksa berdepan jadual perlawanan cukup padat sepanjang bulan ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zahasmi memberitahu, khidmat kaptennya, Mohd Badhri Radzi tetap ditagih bagi mengemudi enjin tengah pasukannya bersama Morgaro Gomis selain pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin.

Tambahnya, kecederaan dialami perancang tengah berusia 25 tahun itu tidak serius sekalipun terpaksa menerima enam jahitan di kepala setelah bertembung dengan pemain Felda United FC, pada aksi Liga Super, Sabtu lalu.

“Dia sudah membuka balutan di kepalanya hari ini (semalam).

"Insya-ALLAH, setakat ini nampak dia okey, malah semangatnya berkobar-kobar hendak bermain dan saya akan pantau perkembangan dia pada latihan terakhir petang ini (semalam),” katanya.

Sumber : SINAR HARIAN