RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 13 Februari 2017

"Terima Kasih TMJ, Saya Minta Orang Lain Jangan Ambil Kesempatan Pada Saya Lagi," Ucapan Mat Tere Yang Selamat Sampai Rumahnya




Kota Bharu: Mat Tere  atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apiz Baharom yang telah ditahan baru-baru ini bagi bagi bantu siasatan berhubung kes mengeluarkan kenyataan menghina Institusi Diraja Johor menerusi video di Facebook mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, lapor Harian Metro.

Mat Tere , 29, berkata, dia tidak dapat luahkan apa-apa selain hanya melahirkan rasa syukur selepas dibebaskan semalam.

"Saya dilayan dengan baik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim walaupun saya mengeluarkan kata kurang manis kepadanya.

"Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi dan meminta semua orang tidak mengambil kesempatan di atas kekurangan saya," katanya.

Mat Tere berkata demikian selepas dia selamat sampai ke rumahnya yang terletak di Kampung Dendang, Ketereh, hari ini seleps dibebaskan semalam atas titah Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda semalam dilapor pergi sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan menitahkan agar tahanan reman terhadap Mat Tere tidak dilanjutkan dan dihantar pulang ke Kelantan.

Tunku Ismail juga percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu yang mempunyai "agenda politik".

Beliau telah ditahan di polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan kemudian dibawa ke IPK Johor Bahru selepas Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah reman pada 9 Februari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi Multimedia 1998. - Siakapkeli.my & Harian Metro.