RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 26 Januari 2017

Zahasmi tuntut kudrat Subramaniam, Hasmizan jumpa PKNS


KOTA BHARU: Kudrat dua pemain veteran The Red Warriors (TRW), dituntut oleh Zahasmi Ismail untuk memperkukuhkan Kelantan bagi menghadapi PKNS FC pada saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, esok. 

Menurut pengendali TRW itu, pengalaman bekas kapten Terengganu, Hasmizan Kamorudin, 33, dan pemain Selangor, S Subramaniam, 32, sangat berguna bagi memastikan benteng mereka tidak mudah dibolosi. 

Hasmizan ketika ditemui berkata, pertemuan dengan PKNS FC adalah penanda aras tahap prestasinya sebaik beralih angin menyertai Kelantan daripada Terengganu musim ini. 

Katanya, walaupun tidak pasti sama ada akan diturunkan atau sebaliknya, dia tetap optimis mampu mengawal benteng Kelantan daripada dibolosi lawan. 

"PKNS FC kini memiliki Mohd Safee Sali, seorang penyerang berbisa yang mampu merobek kubu lawan sekiranya dibiarkan berada dalam kawasan Kelantan. 

"Selain Safeee, dua 'otai' mereka, Mohd Khyril Muhymeen dan Bobby Gonzales serta Matias Jadue, Lucas Espindola, Patrick Wleh juga perlu dirantai," katanya yang mengidam untuk memberi TRW satu piala, musim ini. 

Subramaniam pula mengakui mudah menyesuaikan diri dengan corak permainan Kelantan selepas pernah bersama pasukan itu, lima tahun lalu. 

Dia menyifatkan penampilannya semula dengan TRW umpama 'sirih pulang ke gagang' kerana ramai pemain musim 2012 masih kekal seperti Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhamad, Mohd Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Zairul Fitree dan pemain import, Mohammed Ghaddar. 

Sementara itu, Zahasmi berkata, walaupun Kelantan memiliki dua pertahanan import, Mamadou Danso dan Margaro Gomis, pasukan itu tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada mereka. 

"Hasmizan dan Subramaniam boleh menjadi calon pilihan mengetuai pertahanan Kelantan dalam membentuk kombinasi mantap, selain membimbing pemain muda," katanya.

Sumber : Berita Harian