RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 18 Februari 2017

Gaji Pemain TRW Tertunggak 3 Bulan, akan dibayar selewat-lewatnya minggu depan.

Related image
Ada dikalangan pemain TRW terpaksa menyembunyikan kenderaan mereka kerana takut diburu pihak bank sebab gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanan. Lapor Berita Harian Sukan 18hb

Tindakan itu dilakukan gara-gara kegagalan KAFA belum menjelaskan bayaran gaji pemain terbabit selama 3 bulan dari November sehingga Januari lalu.


Sumber terdekat KAFA berkata, persatuan itu sepatutnya prihatin dan lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan pemain kerana masalah yang berlaku bukan masalah baru.

"Kasihanilah pemain yang sudah bertungkus lumus menunaikan tanggungjawab mereka, Mereka juga ada anak isteri serta tanggungan lain setiap bulan.

"Jangan jatuhkan moral mereka yang kini dilihat begitu bersemangat demi mengembalikan semula imej bola sepak Kelantan, musim ini." katanya ketika dihubungi BH Sukan Semalam.


Sumber itu berkata, jika KAFA tidak menangani masalah itu secepat, tidak mustahil pasukan Kelantan bakal berdepan masalah besar terutama kemerosotan kualiti permainan.




SAHKAN LEWAT BAYAR GAJI

"Memang tidak dinafikan setiap pemain ada kontrak, terma dan syarat perlu dipatuhi, tetapi mereka juga ada hak untuk bersuara.

"Benda masalah gaji boleh diselesaikan secara baik jika KAFA prihatin, pemain juga boleh dibawa berbincang tetapi kalau masalah mereka dibiarkan, mereka pastinya tidap dapat bertahan" katanya.



Sementara itu, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail MD Noor ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menunggu 'LAMPU HIJAU' daripada Majlis Sukan Negari Kelantan (MSNK) untuk pembayaran gaji pemain terbabit.

Beliau berkata, bayaran gaji itu akan dibuat MSNK kerana wang penajaan KAFA untuk musim ini dimasukkan ke majlis itu bagi pelepasan cukai setiap pemain.

"Memang diakui berlaku kelewatan bayaran gaji untuk pemain selama tiga bulan bermula November sehingga Januari lalu.

"Tunggakan gaji itu akan dibayar kepada pemain selewat-lewatnya, minggu depan. Kami meminta maaf kepada pemain dan pegawai di atas kelewatan itu dan InsyaAllah, tiga bulan gaji akan dimasukkan ke akaun mereka secepat mungkin." katanya.

Sumber : BERITA HARIAN SUKAN 18hb