RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 19 Julai 2017

[FULL HIGHLIGHT] : Selangor 3-2 JDT | Amri Yahya Hero Selangor


SELAYANG: Amri Yahyah mencalar ego bekas pasukannya apabila menyumbat dua gol ketika membantu Selangor menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-2 dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Selayang, sebentar tadi.
Kemenangan itu membolehkan Selangor mendahului saingan Kumpulan D dengan tujuh mata, manakala skuad Harimau Selatan kekal di tempat kedua dengan empat mata selepas Sarawak dan Terengganu terikat tanpa jaringan di Kuching.
Bagaimanapun, kekalahan JDT itu akibat salah percaturan pengendalinya, Ulisses Morais yang menurunkan barisan kedua dan meletakkan dua penyerang importnya, Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra di bangku simpanan.
Namun, kemasukan dua pemain itu mencemaskan kubu pertahanan tuan rumah selepas Harimau Selatan kembali bangkit menyamakan kedudukan sebelum sepakan penalti Amri meleburkan hasrat JDT untuk membawa pulang satu mata.
Selangor membuka jaringan yang berpunca daripada sepakan sudut pada minit ke-33 apabila Fairuz menanduk masuk hantaran Raimi Md Nor dan meskipun penjaga gol JDT, Mohd Haziq Nadzli dilihat sudah menangkap kemas percubaan itu namun pengadil, Mohd Zohri Tajuddin memberikan gol pertama buat tuan rumah susulan bola sudahpun melepasi garisan gol.
Belum sempat pemain JDT bangkit, Selangor meraikan gol kedua seminit selepas itu apabila gerakan pantas daripada sayap kanan membolehkan Francis Forkey Doe melorongkan hantaran cantik ke Amri yang tenang menyudahkan peluang terhidang.
Memasuki babak kedua dengan ketinggalan dua gol, JDT meningkatkan rentak permainan dan serangan demi serangan yang dilancarkan JDT memaksa Selangor untuk bertahan dan wira final Piala Malaysia 2015, Ahmad Hazwan Bakri mengurangkan defisit buat pelawat pada minit ke-55.
Perubahan taktikal yang dilakukan Morais dengan memasukkan seorang lagi penyerang, Darren Lok nyata membuahkan hasil apabila penyerang berusia 26 tahun itu melonjak tinggi untuk menanduk masuk gol penyamaan hasil keadaan kelam kabut di hadapan gawang gol Selangor pada minit ke-68.
Kebangkitan JDT seakan tidak bermakna selepas pengadil memberikan sepakan penalti apabila Forkey Doe dijatuhkan dalam kotak penalti dan Amri tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki seminit.
Sumber : BERITA HARIAN