RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 26 Januari 2017

MAMADOU seorang muslim dan gembira bersama TRW


MAMADOU “FUTTY” DANSO

Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua
Walaupun berasal dari Gambia, Futty amat fasih berbahasa Inggeris dalam slanga Amerika. Tidak pelik, kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas di Negara Uncle SAM itu; menyertai USL di peringkat kolej dan kemudiannya Major Super League 
(MSL).



SEORANG JURUTERA DAN PEMAIN BOLASEPAK.
Minat Futty dalam sukan bolasepak bermula sejak beliau masih kecil. Walau bagaimanapun, Futty terpaksa mengikut kehendak ayahnya, Mohamad, untuk  menumpukan perhatian kepada pelajaran sehingga beliau Berjaya menamatkan  pengajian kolej dalam bidang kejuruteraan mekanikal.


GAMBIA TETAP DI HATI.
Walaupun beliau membina karier sebagai pemain bolasepak profesional di benua Amerika, Futty tetap cakna kepada apa yang berlaku di Gambia, negara kelahirannya.

Setiap peluang bercuti yang ada, dia akan pulang ke Serekunda dan bertemu dengan kanak-kanak di negaranya yang meminati sukan bolasepak.

Futty tidak lokek berkongsi pengalaman beliau dengan bakat-bakat cilik Gambia. Bukan itu saja, dia tidak datang dengan tangan kosong. Jersi, kasut dan bola antara barangan yang dia bawa untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak tersebut.


DI MANA KELANTAN? SIAPA THE RED WARRIORS?

Ini adalah kali pertama Futty berada di benua Asia. Dia tidak tahu di mana letaknya Malaysia dan Kelantan. Dia juga tidak kenal pasukan bolasepak The Red Warriors.

“Kelantan sangat, sangat jauh dari tempat saya. Ramai rakan saya nasihat, jangan pergi.”

 
Futty mula mengumpul maklumat tentang Kelantan dan The Red Warriors. Dia tekad untuk berhijrah.

Sesampainya beliau di Kota Bharu, Futty terkejut dengan sambutan hangat daripada para penyokong The Red Warriors. Dari lapangan terbang hinggalah ke dewan KTC. 

Dia petah bercakap, mewarisi bakat ayahnya yang juga seorang ahli politik di Gambia. Dengan gaya Barrack Obama, Futty berinteraksi bersama para penyokong di KTC, dan “dumm”, dia menjatuhkan mikrofon ke lantai, mimik laku Obama ketika berucap di majlis makan malam rasmi terakhir di White House.


FUTTY YAKIN DAN SELESA DI THE RED WARRIORS.

Futty teruja dengan aura penyokong The Red Warriors pada hari pertama beliau di Kota Bharu. Menakjubkan, kata dia. Sudah pasti dia akan teruja dengan sorakan penyokong di stadium selepas ini.
“Boleh”
, “Apa khabar”, dua ungkapan Melayu pertama beliau di Kota Bharu selain daripada
“Assalamualaikum”
, “In sha Allah”. Cuaca? Hujan panas, rebut petir sama seperti di Gambia. 
“Saya nampak banyak pokok kelapa yang berbuah terutama di padang latihan.

Macam di tempat sendiri. Saya memang suka air kelapa.”

Futty gembira kerana di sini, Islam yang dianutinya, adalah agama rasmi dan sentiasa 
dekat di hati.

Selamat datang ke Kota Bharu Futty!


SUMBER : FB TRWFC