RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 3 Februari 2017

KPDNKK SERBU PENJUAL JERSI TRW TIRUAN DI STADIUM KOTA BHARU



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah merampas jersi tiruan pasukan bola sepak Kelantan yang dijual di sekitar Serian.

Pihak KPDNKK telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan menyerbu premis yang menjual jersi tiruan TRW 2017 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV semasa Perlawanan Persahabatan Kelantan menumpaskan Hanelang FC 4-0 petang tadi.

Punca Jersi tiruan menjadi pilihan penyokong TRW kerana jualan jersi original TRW masih belum ada dalam pasaran walaupun sudah 3 minggu Perjalanan Liga Malaysia berlangsung dan harga lebih murah.

Amaran sudah diberikan sebelum ini di akhbar dan media sosial tetapi peniaga tetap berdegil menjual jersi tiruan. Tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang terlibat dalam urusniaga jersi tiruan.

Kesemua jersi berkenaan disita di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan sekiranya didapati bersalah, untuk satu helai jersi denda maksimum tidak lebih RM10,000 atau tiga tahun penjara.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan jersi tiruan disaran melaporkannya kepada KPDNKK.