RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 30 April 2017

TSAM mahu berjumpa dengan KAFA jika ada dana dari FAM, dinasihatkan harus guna bayar gaji tertunggak 100%


Image result for tan sri annuar musa
Isu gaji tertunggak bekas pemain dalam pasukan Kelantan masih belum reda lagi walaupun FAM membayar hutang semua pasukan liga malaysia dan FMLLP juga mahu memberi hukuman mana-mana pasukan masih degil belum jelaskan gaji tertunggak bekas pemain dulu-dulu.

baru-baru ini Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun facebook mengatakan beliau sendiri mahu berjumpa dengan pengurusan KAFA esok (hari ini) tapi sebagai penasihat dan ketua konsortium penaja utama Kelantan 2017 berkenaan dana dari FAM dan keputusan mahu ambil pemain/pegawai baru atau tidak

"Dana dari FAM(kalau ada)hendaklah 100% utk bayar tunggakan, Pengambilan Pemain/pegawai baru boleh di buat/tak di buat tapi tidak perlu guna dana dari FAM" - Tan Sri Annuar Musa

Tambah beliau lagi, terpulang pada KAFA mahu dengar pandangan Tan Sri Annuar Musa atau tidak, beliau hanya menasihat dari belakang dan pengurusan KAFA membuat keputusan 

Sumber : FB TSAM