RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 30 April 2017

Didedahkan angka gaji diterima Ghaddar ibarat 'langit dan bumi' tawaran dari negeri lain, Ini Komen Orang dalam KAFA


Kota Bharu: Kedudukan Mohammed Ghaddar di dalam skuad Kelantan berkemungkinan besar menjadi semakin tidak menentu apabila pemain kelahiran Lubnan itu menerima tawaran gaji mencecah enam angka daripada sebuah pasukan Liga Super.
Menurut sumber dalaman Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), jumlah yang mahu ditawarkan kepada penyerang berbisa The Red Warriors (TRW) itu ibarat ‘langit dan bumi’ jika dibandingkan dengan apa yang sedang dinikmatinya di Kelantan.
“Ghaddar ditawarkan gaji enam angka serta pelbagai kemudahan lain yang jauh lebih menarik berbanding gajinya sekarang malah ia hampir menyamai gajinya setahun di Kelantan,” kata sumber terbabit ketika mengulas kedudukan Ghaddar yang semakin laris sejak kebelakangan ini.
Jelasnya, jika Ghaddar lebih mementingkan wang, sudah pasti pemain itu memilih untuk bersama pasukan terbabit tetapi KAFA yakin dia tidak begitu tamak.
“Ghaddar tahu ada pasukan negeri lain yang mahu menawarkan gaji agak lumayan kepadanya, namun dia tidak mudah tunduk dengan segala kemewahan itu.
“Dia pernah maklumkan bahawa akan terus setia bersama TRW selagi kudratnya diperlukan kerana dirinya beranggapan Kelantan se buah pasukan unik yang lengkap dengan segala pakej terutama keakraban pemain, jurulatih dan pengurusan,” katanya.
Kehebatan Ghaddar menjadi bualan ramai penyokong Kelantan terutamanya di laman sosial selepas dia muncul penjaring terbanyak Liga Super dengan 16 gol termasuk mencipta tiga hatrik sepanjang sembilan perlawanan.
Sementara itu, menerusi entri terbaru laman sosial Tan Sri Annuar Musa, penaja utama TRW itu mendedahkan ada pasukan Liga Super cuba melamar Ghaddar yang berjaya menjaringkan 16 gol setakat ini.
Annuar berkata, beliau tidak mahu memandang tawaran (wang) daripada pasukan Liga Super terbabit (tanpa mendedahkan nama pasukan) untuk mengambil pemain berkenaan.
Katanya, beliau membawa Ghaddar menyertai Kelantan tanpa khidmat ejen dan tindakan itu berjaya menjimatkan kos yang biasanya mencecah ratusan ribu.
“Pemain import Kelantan itu sudah dianggap seperti anak sendiri dan kami tidak akan lepaskan Ghaddar begitu mudah,” katanya.

Sumber : METRO